KL CHRONICLE: @Akaprawi : KERJASAMA DR MAHATHIR BERSAMA LIM KIT SIANG SEJARAH HITAM BUAT ORANG MELAYU

Saturday, March 5, 2016

@Akaprawi : KERJASAMA DR MAHATHIR BERSAMA LIM KIT SIANG SEJARAH HITAM BUAT ORANG MELAYU


KENYATAAN MEDIA

YB DATUK AB AZIZ KAPRAWI,
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

KERJASAMA DR MAHATHIR BERSAMA LIM KIT SIANG SEJARAH  HITAM BUAT ORANG MELAYU

#RespectMyPM #KekalNajib #Setia

1. Kejadian Sidang Media Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir bersama barisan pembangkang pada hari ini merupakan satu peristiwa hitam bersejarah kepada negara dan khususnya kepada Parti UMNO.



2. Perbuatan ini yang sanggup bersekongkol dengan DAP, PKR, PAN dan serpihan PAS merupakan satu pengkhiatan terbesar yang dilakukan oleh ahli UMNO dan juga seorang negarawan dan mantan Presiden UMNO sendiri.

3. Tun Dr. Mahathir merupakan seorang individu yang selalu mengingatkan kita khususnya ahli UMNO tentang bahaya ancaman DAP terhadap orang Melayu dan negara Malaysia.

4. Beliau jugalah yang selalu memperingatkan tentang kesesatan ideologi PKR yang bertunjangkan kepada perjuangan songsang DS Anwar Ibrahim.

5. Namun, pada hari ini, Tun Dr Mahathir telah mengkhianati perjuangan UMNO, perjuangan orang Melayu, malah perjuangan dirinya sendiri demi ingin melihat matlamat peribadinya tercapai.

6. Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat dua pemimpin UMNO turut bersama beliau juga kerana ingin mengejar matlamat peribadi mereka.

7. Saya ingin mengingatkan kepada ahli UMNO yang lain akan erti kesetiaan kepada perjuangan parti demi agama, bangsa dan negara supaya sekali-kali tidak bertindak mengikut emosi tanpa memikirkan kesan jangka masa yang panjang terhadap parti, dan negara.

8. Tidak ada pengganti bagi perjuangan orang Melayu dan agama Islam di dalam negara ini melainkan parti UMNO sahaja. Parti UMNO sahaja yang dapat menjamin kelangsungan agenda Bumiputera dan agama Islam agar tidak diinjak-injak dan diperkotak-katikkan.

9. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 tahun parti keramat orang Melayu dan menjelang tempoh yang masih lagi terlalu pendek ini, negara Malaysia melalui Parti UMNO telah mencapai satu tahap kemajuan yang membanggakan. Pencapaian ini tidak sekali-kali dapat dicapai tanpa nilai kesetiaan yang tinggi antara pemimpin dan juga akar umbi parti UMNO.

10. Kita cuma tinggal empat tahun sahaja lagi sebelum mencapai tahun 2020 yang mensasarkan negara Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dengan acuannya tersendiri. Sekiranya kita ingin melihat visi ini tercapai di bawah kepimpinan  Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, maka seluruh kepimpinan negara, ahli UMNO dan rakyat Malaysia haruslah kekal setia dengan perjuangan ini demi memartabatkan negara yang kita cintai ini.

11. Sekiranya nilai kesetiaan ini dirobek, maka matlamat negara untuk mencapai status negara maju akan menghadapi cabaran yang lebih besar.

12. Bersamalah kita mendoakan agar nilai kesetiaan kita tidak diganggu gugat dan dengan nilai kesetiaan yang tinggi inilah kita dapat mencapai matlamat demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

AB AZIZ BIN KAPRAWI
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO
KETUA UMNO BAHAGIAN SRI GADING

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget