KL CHRONICLE: Tan Sri Isa Samad : TPPA Bakal Perluas Pasaran FELDA ke Amerika Latin

Saturday, February 6, 2016

Tan Sri Isa Samad : TPPA Bakal Perluas Pasaran FELDA ke Amerika Latin


Baru - baru ini, kerajaan Malaysa telah menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Malaysia adalah antara 12 negara yang menandatangani pakatan perdagangan bersejarah TPPA di Auckland, New Zealand. Negara-negara lain ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat da Vietnam.

Umum ketahui bahawa dengan menyertai TPPA, syarikat - syarikat Malaysia akan diberi peluang untuk menembusi pasaran global tanpa dikenakan sebarang cukai. Maknanya, produk pengeluaran tempatan dapat dijual di negara anggota TPPA tanpa cukai import. Ini menjadikan harga produk keluaran negara sangat kompetitif (tidak mahal) sekaligus meningkatkan peluang untuk dijual. 



Malah, dengan TPPA, iainya akan membolehkan syarikat konglomerat Melayu terbesar di Dunia, Federal Land Development Authority (FELDA) memperluaskan pasarannya di peringkat antarabangsa dengan menawarkan harga produk yang sangat kompetitif. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, perjanjian terbesar dunia itu dilihat sebagai peluang keemasan kepada Felda untuk menembusi pasaran khususnya di Amerika Latin, yang menjadi fokus kepada organisasi tersebut.

"TPPA ini kerajaan masuk dan kemudian dimomokkan pula kononnya Amerika Syarikat akan menjajah kita. Ini semua tidak benar. Felda sendiri ada kilang di Amerika Syarikat dan adakah kita menjajah Amerika Syarikat? tidak. 
"Apa yang berlaku, dengan TPPA kita seronok apabila kita (Felda) boleh meluaskan pasaran kita. Kita dah mula buat perancangan untuk meluaskan pasaran kita di Amerika Latin," katanya dalam ucapan perasmian Pusat Literasi Keluarga, Felda Raja Alias 1, di sini, hari ini.

Malah, Tan Sri Isa juga berkata melalui TPPA, ia juga akan membolehkan Felda meraih keuntungan yang lebih besar sekali gus mampu memberi pulangan yang lebih lumayan kepada warganya. Bagi kami di #KLChronicle, perjanjian TPPA ini sebenarnya membuka pintu kepada FELDA dan juga syarikat - syarikat lain untuk menembusi pasaran global dengan lebih mudah. 

Malah, pasaran - pasaran global ini merupakan pasaran baru seperti Mexico, Peru dan Chile dimana sebelum ini tiada syarikat tempatan yang menembusi negara tersebut. Negara - negara ini juga dapat menjadi getaway kepada syarikat tempatan untuk masuk ke Brasil, Argentina, Colombia dan sebagainya. Ini sudah pasti menguntungkan syarikat tempatan kerana mereka bakal mendapat keuntungan berkali ganda. 

Adakah ini sesuatu yang buruk?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget