KL CHRONICLE: Tan Sri Isa Mahu Peneroka Felda sertai industri bauksit tunggu garis panduan baru

Wednesday, February 17, 2016

Tan Sri Isa Mahu Peneroka Felda sertai industri bauksit tunggu garis panduan baru

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata peneroka harus bersabar sehingga kerajaan mengeluarkan garis panduan baharu bagi aktiviti perlombongan bauksit
Menyedari bahawa wujud kegelisahan dikalangan peneroka FELDA yang terlibat dalam industri bauksit akibat keputusan kerajaan untuk menghentikan kegiatan perlombongan bauksit selama tiga bulan, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata peneroka harus bersabar sehingga kerajaan mengeluarkan garis panduan baharu bagi aktiviti perlombongan bahan mineral itu. Memetik kata - kata Tan Sri Isa Samad:
 

 
"Mungkin ada peneroka mendapat nikmat daripada tersebut, tetapi ada juga penduduk yang menerima kesan akibat perlombongan itu.

"Walau apa pun sekarang, sesiapa nak mengusahakan aktiviti galian, mereka kena akur dengan keputusan Kabinet yang mahu aktiviti itu dihentikan sementara selama tiga bulan," katanya.
 
Bagi kami di #KLChronicle, ini adalah perkara yang kami risaukan. Kami telah menerbitkan beberapa artikel yang  menyatakan bahawa industri bauksit ini juga mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada rakyat, terutamanya peneroka FELDA Bukit Goh, Pahang. Ini kerana terdapat sebilangan peneroka yang memajakkan tanah mereka kepada pengusaha bauksit. Kini akibat rungutan serta kecaman orang ramai peneroka telah hilang sumber pendapatan.
 
Justeru itu, adalah amat penting bagi pihak kerajaan untuk memastikan bahawa garis panduan baharu bagi aktiviti perlombongan bauksit ini memberikan win - win situation kepada semua pihak. Ini kerana sudah pastinya dalam industri perlombongan ini pihak pengusaha akan mendapat keuntungan yang lumayan namun rakyat terpaksa berdepan dengan pencemaran dan sebagainya.
 
Salah satu usaha yang dibuat kerajaan sekarang adalah dengan menggunakan lori paka seperti yang disebut Menteri Pengangkutan semalam. Namun ini cumalah satu dari pelbagai lagi cadangan kerajaan untuk memastikan industri perlombongan bauksit menjadi satu industri yang bersih dan efisien. Bagi kami di #KLChronicle, kami percaya kerajaan akan menyelesaikan isu ini dengan baik dan peneroka FELDA akan kembali mendapat pendapatan yang lumayan dari industri bauksit ni.

 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget