Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau pernah menyebut wang RM2.6 bilion adalah daripada syarikat 1MDB.
"Saya ingin menegaskan, kenyataan seumpama itu atau merujuk kepadanya atau berkarektor sebagaimana disebarkan melalui laman sosial, tidak pernah disebut atau dilafazkan ketika keterangan saya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan mereka terhadap 1MDB," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Bakke menegaskan kenyataan beliau kepada PAC tidak pernah dibincangkan di media sosial dan beliau tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili dirinya.
SSTDM salah satu page yang menyebarkan fitnah |
"Satu laporan polis akan turut dibuat dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang melakukan sebaran tidak benar mengandungi ayat sama ada ia merujuk, berkait dan memfitnah saya serta individu yang dirujuk sebagai saya," katanya.
Bakke mengulas khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial yang memetik kononnya beliau pernah mengeluarkan kenyataan RM2.6 bilion adalah wang 1MDB.
Laporan terdahulu menyebut PAC mendengar keterangan Bakke dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada 11 Feb lepas bagi membantu menyiapkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dan Laporan PAC untuk dibentangkan di Parlimen.
Bakke juga menasihati pengguna laman sosial untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang sebaran spekulasi dan khabar angin tanpa pengesahan pihak yang sahih. – Bernama, 15 Februari, 2016.
No comments:
Post a Comment