KL CHRONICLE: #TahukahAnda Pemilik Francaisi McDonald's di Malaysia merupakan warga tempatan?

Friday, February 12, 2016

#TahukahAnda Pemilik Francaisi McDonald's di Malaysia merupakan warga tempatan?

Mereka antara usahawan francaisi McDonald's yang berjaya
Hari ini kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan pembaca kami tentang McDonald's di Malaysia. Bagi mereka yang tidak tahu, lesen McDonald's di Malaysia dimiliki oleh Golden Arches Sdn Bhd. Namun, terdapat sebahagian restoran McDonald's di Malaysia dimiliki oleh francaisi warga tempatan. Lebih tepat lagi lebih 70 buah restoran McDonald's di Malaysia dimiliki dan diusahakan oleh sekitar 30 orang francaisi yang kesemuanya terdiri daripada warga tempatan.
 


 
Para francaisi ini merupakan usahawan tempatan yang telah melaburkan jutaan ringgit dan juga menjadi majikan kepada ribuan anak muda tempatan. Mereka ini adalah usahawan yang membangunkan ekonomi negara dengan membayar cukai dan menyediakan peluang pekerjaan kepada warga tempatan. Tidak ada lagi warga asing yang bekerja di McDonald's di Malaysia terutamanya di bahagian hadapan (Front End). Semuanya diberikan kepada anak tempatan.
 
Namun, apa yang menyedihkan adalah tindakan serta sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang cuba untuk menjalankan kempen #BoikotMcDonald's . Namun apa yang puak - puak ini tidak faham adalah tindakan mereka ini hanya merugikan usahawan dan anak muda yang bekerja di McDonald's. Tidak ada apa - apa hubung kait antara McDonald's di Malaysia dengan negara Israel atau sebagainya.
 
Jika dilihat dari geografi lokasi restoran McDonald's di Malaysia, restoran McDonald's terdapat di serata Malaysia termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah,Perlis dan Sabah. Malah, kebanyakkan rakyat di negeri - negeri ini adalah orang Islam dan mereka jugalah yang bekerja di McDonald's.  Jika McDonald's di negeri ini diboikot dan seterusnya tutup, mana anak - anak ini mahu bekerja? Tidakkah golongan yang mahu memboikot McDonald's fikir akan perkara ini?
 
Konklusinya, kami menyeru kepada rakyat supaya mengambil langkah yang bijak dan tidak suka hati memboikot McDonald's di Malaysia. Ini kerana, akhir sekali kita juga yang akan rugi apabila anak muda kita kehilangan mata pencarian mereka. Adakah kita ingin bertanggungjawab jika perkara ini berlaku? McDonald's di Malaysia telah membuka banyak peluang kepada usahawan tempatan dan juga peluang pekerjaan di negara ini dan kenapa kita mahu hancurkan perkara baik yang telah dilakukan oleh McDonald's Malaysia?
 
They have been doing a good job, so let them continue what they have been doing.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget