Friday, February 26, 2016

@RazlanRafii : Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Sokongan Keputusan MT Gantung Jawatan Timbalan Presiden #KekalNajib


Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO petang ini telah dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan usul penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Keputusan sebulat suara ahli MT telah dibuat dan apa yang pasti ianya tidak melibatkan undian daripada Presiden Dato' Sri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Segala keputusan ini sudah tentu dibuat setelah mendengar pandangan daripada ahli-ahli MT sendiri.

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan percaya keputusan ini diputuskan demi kepentingan serta kebaikan parti dan ahli UMNO.

Demi meneruskan kelangsungan mencapai cita-cita parti, kita tidak perlu menoleh ke belakang lagi dan harus tekadkan hati untuk terus bekerja menghadapi cabaran PRU yang akan datang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ahli parti yang berpengalaman dan sudah memegang banyak jawatan tinggi dalam parti seharusnya akur dan faham keputusan yang diambil ini sudah pastinya demi kepentingan parti dan paling utama survival bangsa Melayu.

Sebagai anak muda dan ahli setahun jagung, saya berharap beliau menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan dapat menenangkan para penyokong beliau demi memartabatkan perjuangan UMNO.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO WP

No comments:

Post a Comment