KL CHRONICLE: Ketua Wanita UMNO Sokong Perlantikan Hakim Syariah Wanita di Negeri - Negeri

Wednesday, February 17, 2016

Ketua Wanita UMNO Sokong Perlantikan Hakim Syariah Wanita di Negeri - Negeri

Datuk Seri Shahizat Jalil adalah Ketua Wanita UMNO
Merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah dan Ketua Hakim Syarie, Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut, di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, saya bagi pihak Wanita UMNO mengucapkan terima kasih dan penghargaan kami terhadap usaha berterusan beliau untuk menambah bilangan Hakim Syariah Wanita sekaligus mengangkat martabat Pegawai Syariah Wanita mengikut kelayakan dan kemampuan yang telah mereka buktikan.
 
Wanita UMNO memohon supaya pihak-pihak yang berkenaan untuk memberi perhatian dan pertimbangan semula dalam keputusan untuk menolak atau menangguhkan perlantikan Hakim Syariah Wanita terutamanya di negeri Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak. Wanita UMNO percaya, fatwa mengharuskan perlantikan Hakim Syariah Wanita yang telah diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengambilkira hujah dan kebaikan dalam semua sudut, maka alangkah baiknya jika Majlis Fatwa Negeri bersepakat dalam hal ini demi kemaslahatan semua umat Islam di Malaysia.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget