Pemain import dari Brazil, Carlos Kahe, menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika pasukannya Kedah menang tipis 1-0 berdepan Terengganu pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, sebentar tadi.
Naib juara Piala Malaysia, Kedah, yang sebelum ini tewas kepada FELDA United 2-0 pada perlawanan pertama minggu lalu memperoleh kemenangan pertama musim ini selepas dikejutkan FELDA United 2-0 pada saingan pembuka tirai minggu lalu.
Di Stadium Perak dekat Ipoh, Perak tewas 0-1 berdepan juara Piala Malaysia, Selangor, hasil sepakan penalti Patrick Ronaldinho pada minit kelima.
Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, tuan rumah membelasah Pahang 4-0, manakala di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu FC II (TFCII) tewas 0-2 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu, Kelantan menang tipis 1-0 berdepan PDRM dengan gol tunggal kemenangan dijaringkan pemain import, Dramane Traore pada minit ke-65
Di Stadium Negeri, Sarawak tewas buat kali kedua musim ini apabila dijinakkan FELDA United 2-1. Sebelum ini, pasukan bimbingan Datuk K Rajagobal itu tewas 0-1 di tangan PDRM.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/125159
No comments:
Post a Comment