PEMBANGKANG menipu lagi bila mendakwa pekebun kecil getah di Malaysia kebulur tidak makan dengan harga komiditi getah hari ini. Semalam Lembaga Getah mengesahkan bahawa harga sekilo getah sekerap adalah RM 2.20 (subsidi kerajaan RM 0.40) untuk setiap kg, bukan RM 0.80/kg.
Secara statistiknya pula, pekebun kecil getah yang menoreh secara purata 300 pokok sehari, mengutip sebanyak 840kg sebulan (anggaran 6 kali kutip - sekerap kena tunggu beberapa hari untuk beku) atau bersamaan RM 1,848 - cukuplah untuk kerja 2-3 jam sehari. Itu kalau 300 pokok sehari, peneroka Felda sebagai contoh, ada beribu-ribu pokok, kira sendirilah.
Itu baru getah sekerap, kalau getah keping, lagilah tinggi nilainya cuma leceh sikitlah proses getah keping ni, siapa menoreh tahulah. Yang orang dok bising hari tu sebab getah sekerap pernah cecah RM 7 sekilo, dah harga tu pasaran dunia tentukan, nak buat macam mana, tapi takdalah sampai mati tak makan. Boleh hidup lagi cuma tak mewah macam dulu sajalah.
Itupun kerajaan masih bantu dengan beri subsidi RM 0.40/kg
Dok banding harga setin sardin dengan sekilo getah ni kerja bodoh, mana ada orang menoreh sekilo sebulan!! Tapi kalau dah terdesak menipu, apa pun jadi.
Nasib baik di Malaysia ini tidak ada undang-undang (atau kalau ada, kurang dikuatkuasakan) bagi mendakwa penipuan perspesi yang sedemikian. Mentang-mentang dalam kebun tidak ada line Internet, bermaharajelala mereka membohong di media sosial, yang dok komen pulak ialah jenis yang tengok pokok getah setahun sekali (bila balik kampung cuti raya, kalu ada).
Sebetulnya, modus operandi yang sebegini adalah biasa di kalangan pembangkang sebab majoriti penyokong mereka sebenarnya kelompok manusia yang mudah sangat ditipu. Ambik gambar sikit, video skit, rakam separuh lepas tu sebar macam betul.
Jadi rakyat sekali lagi diminta usah terpedaya dengan pembohongan yang seperti ini, menipu saja macai ni semua, kalau tak menipu macam mana nak cari makan agaknya ya. Tanamkan dalam hati, asal apa isu yang pembangkang mainkan, semua itu hanyalah pembohongan semata-mata.
Cakap pasal kenyataan Lembaga Getah semalam, penulis nak tegur sikit, kenyataan tu akademik sangat, yang nak difahamkan ni (orang pembangkang terutamanya) sama ada tak berapa cerdik atau bukan peduli sangat istilah-istilah yang 'orang getah' saja faham ni.
1 comment:
saya mohon anda berhenti dari pekerjaan anda sekarang kmudian jadilah penoreh getah.. rasailah sendiri pengalaman sbg penoreh getah.. saya ad kebun getah. saya boleh bg anda menoreh.. dgn syarat anda tinggl kn pekerjaan anda sekarang.. baru anda tahu ap yg dialami penoreh getah sekarang. sbb anda cakap pembangkang menipu. so anda buktikan sendiri bhawa ap yg dikata kn pembangkang itu sbg penipuan..
Post a Comment