Sebuah Pesawat pengangkut TUDM CN235 yang berpangkalan di PU Subang telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada lebih kurang jam 8.50 pagi tadi.
Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal adalah dilaporkan selamat dengan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut.
TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TUDM juga akan berusaha untuk membuat recovery pesawat tersebut.
- TUDM -
No comments:
Post a Comment