KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD Perkenalkan MyBas di Ipoh

Monday, February 22, 2016

#DemiRakyat SPAD Perkenalkan MyBas di Ipoh

 
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terutamanya Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar kerana telah mendengar denyut nadi rakyat di Ipoh dengan mewujudkan perkhidmatan operasi MyBAS Ipoh. Operasi myBAS Ipoh ini akan meningkatkan rangkaian perkhidmatan bas di Perak sebanyak 92%. Sebelum ini bas di Ipoh hanya berkhidmat dalam radius 132 km dan kini meningkat ke 254 km hasil usaha gigih SPAD.
 



Bagi kami di #KLChronicle, langkah proaktif yang diambil oleh SPAD ini sejajar dengan visi dan aspirasi kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan transformasi pengangkutan awam darat Negara sejajar dengan Negara - Negara maju yang lain melalui Government Transformation Plan (GTP) yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Haji Tun Abdul Razak.
 
Secara umumnya, dengan pengenalan operasi myBAS di Ipoh, banyak kebaikkan serta manfaat dapat dirasai oleh rakyat/pengguna tempatan. Ini kerana bila ada perkhidmatan bas yang efektif dan reliable, rakyat akan menggunakan bas untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain berbanding menggunakan perkhidmatan teksi dan sebagainya. Ini menjadikan perkhidmatan awam untuk rakyat/pengguna semakin murah.
 
Selain itu, dengan pengenalan myBAS, kami juga berharap pelancong yang turun ke Ipoh dapat menggunakan perkhidmatan ini. Ini kerana dengan menggunakan perkhidmatan bas, pelancong dapat lebih menghargai kecantikan Bandar Ipoh serta kawasan - kawasan tumpuan pelancong yang lain. Malah pelancong dari dalam dan luar Negara juga dapat mempromosikan Bandar Ipoh kepada kenalan mereka yang lain.
 
Konklusinya, SPAD telah melakukan tugas yang baik dengan memperkenalkan myBAS di Ipoh. Sebelum ini SPAD telah memperkenalkan myBAS di Seremban dan Rapid Kamunting (Taiping). Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Haji Tun Abdul Razak tidak pernah mengabaikan rakyat di kawasan - kawasan luar Bandar dan di negeri lain.
 
Betul tak? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget