Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak kerana telah mendengar denyut nadi rakyat di Kamunting, Taiping dengan bakal mewujudkan perkhidmatan operasi Rapid Kamunting. Bagi kami di #KLChronicle, langkah proaktif yang diambil oleh Prasarana ini sejajar dengan visi dan aspirasi kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan transformasi pengangkutan awam darat Negara sejajar dengan Negara - Negara maju yang lain melalui Government Transformation Plan (GTP) yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Haji Tun Abdul Razak.
Secara umumnya, dengan pengenalan operasi Rapid Kamunting, banyak kebaikkan serta manfaat dapat dirasai oleh rakyat/pengguna tempatan. Ini kerana bila ada perkhidmatan bas yang efektif dan reliable, rakyat akan menggunakan bas untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain berbanding menggunakan perkhidmatan teksi dan sebagainya. Ini menjadikan perkhidmatan awam untuk rakyat/pengguna semakin murah.
Selain itu, dengan pengenalan Rapid Kamunting, kami juga berharap pelancong yang turun ke Taiping dapat menggunakan perkhidmatan ini. Ini kerana dengan menggunakan perkhidmatan bas, pelancong dapat lebih menghargai kecantikan bandar Taiping serta kawasan - kawasan tumpuan pelancong yang lain. Malah pelancong dari dalam dan luar Negara juga dapat mempromosikan Bandar Taiping kepada kenalan mereka yang lain.
Konklusinya, Prasarana telah melakukan tugas yang baik dengan memperkenalkan Rapid Kamunting di Ipoh. Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Haji Tun Abdul Razak tidak pernah mengabaikan rakyat di kawasan - kawasan luar Bandar dan di negeri lain.
No comments:
Post a Comment