Hari ini tercipta sejarah apabila dua kementerian yang penting dalam kerajaan Malaysia iaitu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan telah berganding bahu dalam Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) 2016. Bagi mereka yang tidak tahu, Kementerian Pengangkutan melalui kepimpinan Y.B Dato' Sri Liow TIong Lai menjalankan pelbagai inisiatif secara berterusan bagi mengukuhkan mesej keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.
Umum ketahui bahawa kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh no 1 di negara ini. Melalui data yang ada pada Kementerian Pengangkutan, Jumlah kemalangan jalan raya sepanjang tahun 2015 telah meningkat kepada 489,606 berbanding 476,196 pada tahun sebelumnya. Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya juga meningkat kepada 6,706 berbanding 6,674 pada 2014. Ini bermakna secara purata kematian yang berlaku di jalan raya di negara ini adalah 18 orang setiap hari.
Menurut MIROS juga, faktor-faktor utama yang menyumbang kepada punca kemalangan jalan raya di Malaysia ialah faktor manusia. Gambaran daripada faktor ini menunjukkan kita perlu bersikap lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada di jalan raya. Ini tidak termasuk lagi dengan 300,000 pemandu baru yang akan berada di jalan raya setiap tahun menjadikan faktor manusia sebagai faktor utama kemalangan di negara ini.
Bagi kami di #KLChronicle, isu kemalangan jalan raya ini telah dibincang bertahun lamanya. Namun apa yang penting adalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Sri Liow TIong Lai menunjukkan faktor utama adalah kerana manusia. Oleh itu, untuk menyelesaikan punca utama kemalangan (manusia) adalah melalui pendidikan. This is where Kementerian Pendidikan memainkan peranan mereka.
Dalam Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) 2016, modul pendidikan keselamatan jalan raya perlu diperbaiki dan di "revamp" mengikut peredaran zaman. Sudah pastinya modul lama tidak kena dengan keadaan zaman sekarang dimana kebanyakan pemandu didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu melebihi had laju dan sebagainya. Malah dengan keadaan zaman sekarang yang banyak kereta diatas jalan raya "probability" untuk kemalangan berlaku adalah sangat tinggi.
Malah, tindakan Y.B Dato' Sri Liow TIong Lai yang mahu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan wajar diberi pujian. Ini sekaligus akan memberi peluang kedua kedua kementerian sama-sama menjalankan program khas untuk pelajar-pelajar sekolah terutamanya dalam pendidikan keselamatan jalan raya. Ini bagi kami di #KLChronicle merupakan antara elemen terpenting dalam kerjasama antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan.
Secara konklusinya, sekali lagi tahniah kepada Y.B Dato' Sri Liow TIong Lai kerana mengambil berat tentang keselamatan pengguna di jalan raya. Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan rakyat dan sentiasa berusaha dan bekerja demi kesejahteraan rakyat. Kami berharap usaha gigih dan murni Y.B Menteri ini dapat diteruskan.
Terima Kasih.
1 comment:
Alhamdulillah.
Inilah tugas dan tanggungjawab terpenting Pak Menteri.
Sentiasa berfikir dan bersusahpayah demi menjaga kepentingan dan kesejateraan rakyat.
Mereka sedar mereka dipilih rakyat, untuk membantu rakyat.
Harap-harap lebih ramai Pak Menteri mencontohi sikap yang baik ini.
Pak-Pak Menteri adalah "pemimpin" kepada rakyat.
Bantulah rakyat. Utamakanlah rakyat.
Sebab kuasa memilih Pak-Pak Menteri ada di hati, di pemikiran dan di tangan rakyat.
HIDUP MELAYU.
Post a Comment