Bagi memastikan arahan ini dipatuhi oleh semua
pengusaha bauksit, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mahu semua lori paka ini
didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan proses pendaftaran
dilakukan secara berterusan. Setiap kontraktor perlu melaporkan berapa buah
lori yang akan digunakan. Ini adalah untuk memastikan tidak ada pengusaha haram
menjalankan operasi melombong serta mengangkut bauksit.
Datuk Seri Liow Tiong Lai juga memberi jaminan
bahawa Kementerian Pengangkutan akan memantau dengan rapi supaya tiada bauksit
disimpan di Pelabuhan Kuantan, selepas proses mengeksport bahan mineral itu
bermula. Ini adalah untuk memastikan
bahawa tidak lagi berlaku kes dimana ada limpahan bauksit kedalam laut seterusnya
menyebabkan pencemaran air berlaku seperti yang berlaku sebelum ini.
Bagi kami di #KLChronicle, tiga langkah yang
diambil oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai iaitu:
1. Hanya lori paka dibenarkan untuk mengangkut
bauksit
2. Pendaftaran lori paka oleh pengusaha dengan
jumlah lori digunakan dilaporkan kepada JPJ
3. Pemantauan berterusan oleh pihak Kementerian
Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Merupakan satu tindakan yang positif dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Kuantan. Ini menunjukkan serta
membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional mengambil berat terhadap
kesejahteraan rakyat dan dalam semua isu input daripada masyarakat setempat
diambil sebelum satu – satu keputusan dilakukan. Namun, segala usaha kerajaan
ini mendapat cemuhan dari pemimpin pembangkang terutamanya Ahli Parlimen
Kuantan yang hanya tahu mengkritik dan memfitnah namun tidak membantu apa – apa
pun. Adakah ini wajar?
Renungkanlah.
No comments:
Post a Comment