Ahli Parlimen dari Johor mahu rakyat bersama menjaga keamanan dan keselamatan Negara
Ahli Parlimen berpengaruh dari Johor, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid mahu rakyat negara ini bersama menjaga keamanan dan keselamatan negara yang kita cintai dari ancaman sama ada dari dalam atau pun luar negara. Ancaman – ancaman ini jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan negara menjadi tidak aman sekaligus menyusahkan rakyat negara ini tidak kira bangsa atau agama.
Ucapan , Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid itu dipetik ketika majlis penyampaian sumbangan kepada 110 warga emas daripada keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan Parlimen Kota Tinggi. Antara sumbangan yang diberi oleh , Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid adalah angpau dan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Menurut , Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, program murni yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Anggota Parlimen Kota Tinggi itu adalah bertujuan untuk meringankan beban selain menambah keceriaan kepada warga emas berkenaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang sangat bermakna bagi mereka.
Malah, bukan sahaja , Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid tetapi pemimpin – pemimpin setempat juga hadir sama dalam memberikan bantuan serta bersama – sama menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama warga emas yang terlibat. Antara mereka yang hadir ialah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md Ariff, Ketua MCA Bahagian Kota Tinggi, Ng Keng Heng dan Pengerusi Jawatankuasa Rumah Sejahtera Kota Tinggi Tan Piah Sung.
Bagi kami di #KLChronicle, program sebegini yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Anggota Parlimen Kota Tinggi adalah satu program yang sangat baik. Ini kerana program sebegini Berjaya mengumpulkan mereka yang berbilang bangsa dan agama duduk bersama dalam satu majlis. Malah, dengan kehadiran pemimpin tempatan UMNO, MCA dan juga NGO – NGO membuktikan bahawa warga Kota Tinggi tinggal dalam keadaan yang majmuk dan bersatu – padu.
Ini sangat berbeza dengan keadaan di Bandar terutamanya Selangor dan Kuala Lumpur yang kini sudah terpalit dengan politik benci antara kaum yang dibawa oleh parti Democratic Action Party (DAP). DAP sedar bahawa hanya terdapat satu cara untuk mereka mendapat kuasa dan menjadi kerajaan iaitu menanamkan sifat benci antara kaum seterusnya menyebabkan kita bergaduh sesame sendiri. Ini berbeza dengan sifat yang ditunjukkan oleh pemimpim UMNO iaitu Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dimana beliau menganjurkan program yang membawa bersama masyarakat berbilang bangsa dan agama bersatu.
Kita sebagai rakyat perlu bertanya kepada diri kita adakah kita mahu parti yang memecah – belahkan kita seperti DAP atau pun UMNO yang cuba menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama demi kemakmuran dan kesejahteraan negara?
minta jasa baik tuan pautkan blog saya yang kerdil ini
ReplyDeletehttp://zulcomz.blogspot.my/
sekian terima kasih..