KL CHRONICLE: Video “Auntie Singapore” yang dipukul sehingga viral akhirnya selesai Cc @VellPaari

Monday, January 4, 2016

Video “Auntie Singapore” yang dipukul sehingga viral akhirnya selesai Cc @VellPaari

Subash bersama "Auntie Singapore"

Baru – baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan video seorang nenek yang telah dipukul sehingga video beliau dipukul menjadi viral dan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. 




Menyedari hakikat ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) MIC, Datuk Seri S. Vell Paari telah secara proaktifnya cuba mencari nenek tersebut dan akhirnya beliau berjaya. Hasil maklumat yang diperoleh Datuk Seri S. Vell Paari, seorang Ahli Pemuda MIC bernama Subash Chandrabose telah berjumpa dengan nenek tersebut untuk mendapatkan penjelasan sebenar terhadap insiden pukul tersebut dan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada nenek tersebut. 

Datuk Seri S Vell Paari telah mendapatkan bantuan mengenai "Aunty Singapore"
Namun, setelah berjumpa dengan nenek tersebut, saudara Subash Chandrabose menerima maklumat bahawa video yang memperlihatkan nenek itu dipukul adalah hanya satu gurauan dan tidak ada apa – apa kecederaan yang serius berlaku. Nenek tersebut juga memohon kepada masyarakat supaya tidak membesarkan perkara ini.


Bagi kami di #KLChronicle, langkah proaktif yang diambil oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) MIC, Datuk Seri S. Vell Paari dan saudara Subash Chandrabose wajar diberi pujian. Mereka bersikap kehadapan dan proaktif mahu membantu nenek tersebut tanpa menunggu arahan dari mana – mana pihak. 

Diharapkan pemimpin – pemimpin parti lain juga dapat bersikap proaktif seperti mereka ini sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai budi pekerti serta sifat kasih sayang yang tinggi antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget