Friday, January 22, 2016

Tan Sri Syed Hamid Albar rasmikan perkhidmatan Tren ETS Platinum & Apps KTM Mob



Semalam, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah merasmikan perkhidmatan tren tambahan ETS Platinum dan aplikasi KTM Mob Tiket untuk pembelian atas talian yang dikendalikan oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).  Kehadiran Tan Sri Syed Hamid Albar membuktikan hubungan erat antara KTMB dan SPAD dimana kedua – dua pihak berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.



Malah, lebih menarik lagi adalah promosi yang diberikan oleh KTMB dimana KTMB akan memberikan diskaun sebanyak 25% bagi pembelian tiket dari 14 hingga 31 Januari 2016 untuk perjalanan dari KL  Sentral -  Butterworth dan dari arah bertentangan untuk tarikh perjalanan dari 18 hingga 31 Januari 2016. 

Applikasi KTMB Mob Ticket
Bagi kami di #KLChronicle, usaha yang dilakukan oleh barisan pengurusan KTMB ini wajar diberi pujian. Pengurusan KTMB sedar bahawa  kini semakin ramai rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan ETS dan oleh sebab itu mereka menambahkan perkhidmatan ETS ini untuk “meet the demand”. Malah, memandangkan kini rakyat Malaysia sudah ramai yang mempunyai “smart phone”, KTMB juga telah menyediakan satu applikasi membeli tiket secara online untuk memudahkan rakyat Malaysia. 

Ini sekaligus menjadi KTMB pengendali tren pertama di negara ini yang mempunyai talian online untuk membeli tiket dan rakyat tidak perlu bersusah payah untuk ke KL Sentral ataupun mana – mana kaunter tiket untuk membeli tiket ETS.

Konklusinya, sejak penubuhan SPAD dimana ianya diketuai oleh Tan Sri Syed Hamid Albar sudah banyak transformasi pengangkutan awam darat yang telah dilakukan demi kesejahteraan rakyat. Antara transformasi yang telah dilakukan adalah Bus Network Revamp (BNR), penambahan perkhidmatan tren PRASARANA (LRT, Monorail) dan juga kini penambahan perkhidmatan ETS ke Koridor Utara. Dalam masa beberapa tahun lagi rakyat Malaysia akan dapat merasai High Speed Rail (HSR) dan juga Mass Rapit Transit (MRT) sekaligus menjadikan Malaysia anara negara di Asia yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam darat antara yang terbaik di dunia. 
Syabas SPAD!

No comments:

Post a Comment