Tuesday, January 26, 2016

#TahukahAnda cara McDonald's Malaysia memastikan kebersihan serta kesihatan kakitangan mereka?


Pada beberapa hari lepas, kami di #KLChronicle telah mengeluarkan satu artikel berkaitan McDonald's Malaysia. Artikel tersebut telah menceritakan secara terperinci cara Pengedaran & Pemprosesan Makanan di McDonald's Malaysia. Artikel ini adalah susulan daripada pelbagai cerita yang tidak benar di media sosial yang mempersoalkan status halal serta kebersihan makanan McDonald's Malaysia. Persoalan yang timbul ini adalah tidak masuk akal sama sekali. 



Selepas menulis tentang cara pengedaran dan pemprosesan makanan di McDonald's Malaysia, hari ini kami mengambil sikap proaktif untuk menceritakan pula tentang cara McDonald's Malaysia memastikan kebersihan serta kesihatan kakitangan mereka.  Ini menjadikan McDonald's Malaysia salah satu restoran yang memberi penekanan yang sangat penting terhadap pengedaran dan pemprosesan makanan serta kebersihan dan kesihatan kakitangan mereka. 

Semua perkara diatas dilakukan oleh McDonald's Malaysia adalah untuk memastikan pelanggan mereka sentiasa berasa selesa makan serta santai di semua rangkaian restoran Malaysia di seluruh negara. Bagi mereka yang tidak tahu, dalam memastikan tahap standard kesihatan yang tinggi, pekerja  McDonald's Malaysia diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid daripada pusat kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum bekerja di mana-mana restoran. Lebih ketat lagi, mereka juga harus menuruti kod laku dan amalan kebersihan untuk memastikan syarat polisi Halal dipatuhi. 

Bagi mereka yang takut makanan McDonald's malaysia mungkin "tercemar", McDonald's Malaysia tidak membenarkan pekerja mereka merokok, makan, minum atau melakukan sebarang aktiviti yang mungkin mencemarkan produk makanan di kawasan pengeluaran makanan. Ini adalah untuk memastikan makanan McDonald's Malaysia sentiasa bersih sebelum dijual kepada pengguna. 

Secara konklusinya, melalui semua artikel kami pada bulan ini yang menceritakan secara terperinci butir - butir penyediaan makanan McDonald's Malaysia serta komitmen mereka terhadap status Halal dan tidak lupa kerjasama McDonald's Malaysia dengan JAKIM, ini membuktikan McDonald's Malaysia adalah salah satu restoran yang terbaik di negara ini dalam mengikut syarat - syarat halal yang dikenakan oleh JAKIM. 

Sebelum kami akhiri artikel ini, tahukah anda bahawa McDonald's Malaysia juga menyediakan Surau di kebanyakan restoran supaya pekerja mereka boleh menunaikan solat dengan selesa? #JustSaying

No comments:

Post a Comment