KL CHRONICLE: SPAD akan kaji keperluan dan pilihan pengguna dalam isu UBER

Friday, January 8, 2016

SPAD akan kaji keperluan dan pilihan pengguna dalam isu UBER



Konflik diantara pemandu teksi berlesen dan pemandu teksi tidak sah seperti UBER dan GrabCar nampaknya semakin meruncing. Dalam satu sesi temuramah yang dilakukan oleh RTM 1 melalui program Selamat Pagi Malaysia mendapati orang ramai terutamanya pengguna muda lebih berminat menggunakan perkhidmatan UBER dan GrabCar berbanding teksi biasa. 



Antara punca utama yang menyebabkan pengguna berminat untuk menggunakan perkhidmatan applikasi pengangkutan awam seperti UBER dan GrabCar adalah kerana mutu perkhidmatan yang ditawarkan adalah jauh lebih baik dari perkhidmatan teksi biasa. Dalam video diatas, seorang pengguna telah memberikan contoh bahawa ketika beliau menggunakan teksi biasa, beliau kecewa apabila teksi yang digunakan berada dalam keadaan kotor dan menjengkelkan. 

Malah, terdapat juga pengguna yang melahirkan rasa kecewa mereka dimana teksi biasa selalunya memilih destinasi ketika waktu puncak dan sebagainya. Ini berbeza dengan sikap pemandu UBER serta GrabCar yang melakukan tugas/tanggungjawab mereka tanpa sebarang masalah dan membawa penumpang ke destinasi yang sudah ditetapkan. Malah, tambang teksi juga telah ditetapkan sebelum penumpang menaiki teksi UBER atau GrabCar. 

Menyedari bahawa pendapatan mereka mula berkurang, pemandu teksi biasa kini mula menghentam pihak SPAD kerana kononnya SPAD tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pemandu teksi UBER dan GrabCar. Pertama sekali, SPAD sebagai "authority" bagi pengangkutan awam darat perlu mengambil kira  Kepentingan industri dan kepentingan pengguna sebelum membuat keputusan. 

Malah,setakat bulan ini, SPAD telah mengambil tindakan terhadap 145 orang pemandu teksi UBER dan GrabCar. Ini kerana mereka telah memberi perkhidmatan yang menyalahi undang - undang negara. Bagi kami di #KLChronicle, SPAD sebagai "administrator" telah menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Namun, dalam melakukan tugasan mereka SPAD juga perlu "take into consideration" keperluan dan pilihan pengguna. Diharap akhirnya akan wujud a win - win situation bagi semua pihak sama ada pemandu dan pengguna teksi.  

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget