KL CHRONICLE: Perkembangan Terkini Bas Network Revamp (BNR) oleh SPAD Cc @SPADChannel

Tuesday, January 19, 2016

Perkembangan Terkini Bas Network Revamp (BNR) oleh SPAD Cc @SPADChannel



Bermula dari bulan Disember 2015, kami di #KLChronicle telah menulis beberapa artikel tentang pelan penyusunan semula rangkaian perkhidmatan bas henti-henti atau Bus Network Revamp (BNR) yang dipelopori oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah berkuatkuasa pada 1 Disember 2015. Objektif utama BNR ini dilaksanakan adalah bagi menggalakkan penggunaan bas secara optimum dan menjamin kemampanan perkhidmatan.

Artikel berkaitan BNR boleh dibaca disini:



Part 2 : #Tahukah Anda Pelaksanaan Bus Network Revamp (BNR) Membantu Pengguna Kuala Lumpur? - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/part-2-tahukah-anda-pelaksanaan-bus.html#sthash.LXbdZp8b.dpuf

Part 1 : 5 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Bus Network Revamp (BNR) - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/part-1-5-fakta-anda-perlu-tahu-tentang.html#sthash.F9egtuJ8.dpuf

@LiowTiongLai Yakin Bas Network Revamp (BNR) akan beri faedah kepada rakyat - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/liowtionglai-yakin-bas-network-revamp.html#sthash.1jVOcbPl.dpuf

Malah, menurut Pengurus Komunikasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Hazimin Sulaiman berkata, pelaksanaan sistem baharu itu juga dilakukan untuk manfaat pengguna dan telah dirunding dengan pengendali bas. 

“Penyusunan semula ini adalah untuk mengurangkan pertindihan perkhidmatan dan meningkatkan saling hubung perjalanan awal dan akhir pengguna.
“Walaupun SPAD menerima maklum balas positif mengenai inisiatif ini, tidak dinafikan masih terdapat isu-isu yang memerlukan perhatian bagi usaha pembaikan,” katanya. 
Katanya ,pengendali untuk beberapa laluan telah ditukarkan bagi memastikan objektif pelaksanaan itu sampai kepada pengguna

Bagi kami di #KLChronicle, susunan semula pengangkutan awam darat melalui BNR adalah usaha proaktif SPAD untuk memastikan rakyat dapat memperoleh perkhidmatan yang baik sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak untuk menjadikan pengangkutan awam darat di negara ini yang terbaik seperti negara - negara yang maju lain. 

Jika kita masih ingat, suatu masa dahulu perkhidmatan bas diantara Bukit Beruntung - Rawang adalah sangat terhad sehingga membawa banyak masalah kepada penduduk setempat. Namun kini dengan BNR, bagi laluan Bukit Beruntung-Rawang SPAD telah mengarahkan pengendali menambahkan bas dan meningkatkan kekerapan. Arahan ini telah diterima baik oleh pengendali dan perkhidmatan sudah mula meningkatkan peningkatan. Ini juga sama dengan laluan Rawang - Bandar Tasik Puteri melalui Country Homes. 

Oleh itu kami di #KLChronicle berharap sebagai pengguna, jika anda ingin membuat sebarang  maklumbalas kepada SPAD boleh hubungi mereka melalui talian 1-800-88-7723 (SPAD), emel kepada aduan@spad.gov.my, Twitter: @aduanSPAD atau @SPADchannel dan menerusi Facebook.com/SPAD.my . 

Usahlah kita menulis pula di Facebook dan sebagainya menghentam SPAD tetapi lupa untuk memberi maklumbalas secara rasmi. Macam mana pihak SPAD hendak mengambil tindakan jika kita complain di Facebook, betul tak? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget