Monday, January 11, 2016

Kini Pemuda PKR mahu BTN dimansuhkan hanya kerana menyerang @dapmalaysia

Pemuda PKR begitu bersemangat mempertahankan DAP

Pemuda PKR hari ini mendesak Putrajaya memansuhkan Biro Tata Negara (BTN) kerana ia sebuah program yang sia-sia.

Setiausaha Pengelola Pemuda PKR Ahmad Syukri Che Ab Razab membidas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman yang mahu membuat penjenamaan semula program BTN.


"Pemuda PKR percaya, niat Azalina untuk menjenamakan semula BTN merupakan suatu yang sia-sia," kata Syukri dalam satu kenyataan hari ini.


Syukri berkata, BTN tidak akan berubah sebagai alat menyerang pemimpin pembangkang dan ia terbukti dengan pendedahan slaid tahun lalu dalam laman rasmi agensi kerajaan.

"Slaid yang terdedah itu adalah bersumber daripada lawan web BTN sendiri sebelum kemudiannya dipadam.

"Antara kandungan kontroversi slide itu termasuklah menyerang DAP sebagai musuh politik orang Melayu dan melabelkan beberapa individu anak muda sebagai ancaman kepada keselamatan negara," katanya.

Azalina hari dipetik berkata BTN akan dijenamakan semula supaya selari dengan perubahan dan mengikut keperluan semasa. – 11 Januari, 2016.

No comments:

Post a Comment