KL CHRONICLE: Datin Paduka Chew Mei Fun: Kerajaan Sedia RM 900,00 bagi wanita dan ibu tunggal

Tuesday, January 19, 2016

Datin Paduka Chew Mei Fun: Kerajaan Sedia RM 900,00 bagi wanita dan ibu tunggal



Menyedari bahawa golongan wanita dan ibu tunggal memerlukan perhatian serta bantuan yang lebih dari kerajaan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Paduka Chew Mei Fun telah mengesahkan bahawa kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukkan sebanyak RM 900,000  bagi membantu golongan istimewa ini. Bantuan ini akan disaluarkan usaha ini di bawah Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita). 



Bagi kami di #KLChronicle, komitmen kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat wajar diberi pujian. Ini kerana, walaupun kerajaan difitnah dengan pelbagai tohmahan kononnya tidak menjaga kebajikan wanita dan ibu tunggal, realitinya kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini. Ini berbeza dengan sikap pembangkang yang hanya tahu berpolitik tetapi tidak pernah mahu berkhidmat untuk kerajaan. 

Kembali kepada program I - KIT, Program I - KIT adalah sebuah program yang dikhaskan bagi memperlengkapkan wanita dengan kemahiran dan pengetahuan yang boleh digunakan untuk menjalankan projek keusahawanan serta perkhidmatan bagi menjana pendapatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah untuk membantu dan memberi pendedahan dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepada ibu tunggal tentang teknik asas penjagaan rambut dan urutan refleksologi. 

Malah, sejak program Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) diperkenalkan, sehingga Disember tahun lepas, sejumlah 5,058 ibu tunggal mendapat manfaat daripada I-KIT sementara 7,719 wanita dari golongan berpendapatan rendah menerima manfaat daripada I-KeuNita.Kedua-dua program tersebut di bawah JPW diperkenalkan pada 2013 untuk memperkasakan wanita daripada segi ekonomi.

Bagi kami di #KLChronicle, usaha Datuk Paduka Chew Mei Fun untuk terus membantu golongan wanita dan ibu tunggal ini harus ditingkatkan lagi dengan memastikan lebih ramai "target group" diberi bantuan. Jika lebih ramai "target group" diberi bantuan sudah pasti mereka dapat berdikari serta meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Ini sekaligus dapat memastikan anak - anak ibu tunggal ini diberi pendidikan yang sewajarnya dan membantu membawa keluarga keluar dari kemiskinan hidup. 

Ape pendapat pembaca?



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget