Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid memuji usaha proaktif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah mengadakan bengkel bagi memerangkan perkara yang berkait tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menyedari bahawa pihak pembangkang serta NGO-NGO mereka akan mula menyerang kerajaan berkaitan isu TPPA, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berpendapat langkah proaktif yang diambil oleh MITI ini dapat dijadikan "peluru" oleh pemimpin BN untuk mematahkan serangan tidak berasas pihak pembangkang.
Malah, bengkel TPPA yang dianjurkan oleh MITI juga dapat memberikan persediaan yang baik kepada ahli-ahli Parlimen mendapat penerangan, penjelasan dan ruang untuk bertanya secara terus kepada MITI berkaitan isu TPPA sekaligus apa-apa kerisauan dapat ditandatangani sebaik mungkin.
Memetik kata - kata Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid:
“Bengkel-bengkel ini membolehkan isu-isu di rungkai dengan lebih jelas dan terperinci malah kefahaman yang lebih baik boleh menolak persepsi negatif dan membolehkan pertimbangan dibuat dengan lebih baik demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.
Bagi kami di #KLChronicle, tindakan Ahli Parlimen BN yang menyertai bengkel TPPA oleh MITI ini menunjukkan bahawa Ahli Parlimen BN berusaha mencari ilmu dan maklumat supaya maklumat yang mereka dapat dari TPPA dapat dikongsi bersama rakyat di kawasan mereka. Persoalannya mana pergi pemimpin pembangkang?
Adakah mereka cukup pandai tentang TPPA atau sebenarnya hanya malas dan suka bangkang apa sahaja usaha kerajaan?
Maklumat Tambahan:
MITI has published a book on TPPA today, which is simple and easy to understand. The PDF version can be read here: http://fta.miti.gov.my/miti-fta/resources/MITI_TPPA.pdf. Thanks
No comments:
Post a Comment