Saturday, January 9, 2016

ADUN Pulau Pinang Hutang lebih RM 200,000 kepada Businessman CIna, Kini Tidak Mahu Bayar


Selamat pagi kepada semua wartawan, saya disini sebagai pemiutang kepada ADUN Pengkalan Kota ingin menjelaskan dan mengembalikan kebenaran antara isu kewangan antara pihak saya dengan ADUN tersebut, YB Lau Keng Ee.




Sejak 5/5/2013 hingga kini, YB Lau Keng Ee pinjam duit yang melebihi RM200,000 daripada saya. Beliau pernah memulangkan duit sebanyak RM50,000 kepada saya semasa musim perayaan tahun baru cina pada tahun 2014, tapi selepas itu beliau pinjam lagi duit daripada saya, maka hingga sekarang, jumlah duit yang dipinjam YB Lau daripada saya telah melebihi RM200,000.

Saya ingin mendapat balik duit saya dengan secepat mungkin, maka saya bercadang kepada YB Lau, bahawa asalkan YB Lau pulangkan RM200,000, dalam angka bulat kepada saya, yang baki itu tidak perlu beliau pulangkan. 

Daripada RM200,000 itu, tolak RM50,000 yang dipulangkan YB Lau pada tahun 2014, maka beliau masih perlu pulangkan sejumlah RM150,000 kepada saya.

Di sini, saya ingin menunjukkan 2 keping cek, membuktikan bahawa YB Lau memang meminjam duit daripada saya, bukan apa yang dikatakan YB Lau beberapa hari lalu, bahawa beliau tidak hutang duit kepada saya.

2 cek ini masing-masing ditulis dalam amaun RM10,000, yang diberi oleh YB Lau kepada saya, selepas perayaan Tahun Baru Cina pada tahun 2014, yang bertarikh 24/5/2014.

Pada masa itu, YB Lau bercakap ingin pinjam duit daripada saya, dan amaun dalam cek itu dapat diambilnya dari bank selepas sesetengah projeknya diluluskan, lalu memulangkan duit kepada saya. Ketika itu, saya percaya kepadanya , maka pinjam lagi wang tunai sebanyak RM20,000 kepadanya.

Ramai orang tertanya-tanya, mengapa saya percaya kepada YB Lau, sanggup pinjam begitu banyak duit kepadanya.

Pada mulanya, saya tidak tahu YB Lau seorang yang pinjam duit tapi sanggup berhutang kepada orang. Jika saya tahu yang ini sikap dan tabiat buruknya, saya pasti tidak akan pinjam duit kepadanya.
Saya telah cuba beberapa cara, mintanya pulangkan duit itu. 

Saya pernah jumpa dengan pihak atasan DAP Pulau Pinang, minta mereka tolong kejar YB Lau pulangkan duit saya itu, tetapi gagal.

Maka saya pun minta pekerja saya cari YB Lau, akhirnya YB Lau pula buat laporan polis, mendakwa keselamatannya terancam.

Saya hendak selesaikan masalah ini dalam cara yang mudah, asalkan beliau pulangkan amaun itu, dimana saya telah memberi diskaun kepadanya, tapi beliau enggan berbuat demikian.

Sekarang beliau tidak mahu menjawab telefon saya, dan cara beliau melayan saya tidak seperti dulu, semasa beliau ingin pinjam duit daripada saya. Masa itu, tiap-tiap hari boleh jumpanya.
Tambahan lagi, saya penyokong DAP, sering kali pinjam duit dan tolong DAP, YB Lau tahu semua ini.

Saya berharap dengan adanya sidang akhbar ini, pemimpin DAP di peringkat nasional seperti Lim Kit Siang boleh bantu saya mengendalikan masalah ini.
Apa yang saya minta ialah, pulangkan duit sebanyak RM150,000 itu.

Note: 
Two weeks ago, the DAP YB Lau Keng Ee made a police report as he says he has been chased by debt collectors and feared for his safety. He then made a press conference to deny that he owed any money to the creditor.

Today, the creditor, who is a JKKK member as well as a former friend to the YB made a Press conference to provide proof of the owings.

The creditor had also made a police report to clarify the matter, in case the Police goes after him for "threatening" the YB.

The creditor had also told police that the YB borrowed the money from him to co-develop a housing project in Penang on C.Y Road.

The YB was also driving around using this Porsche car for quite some time. This car is registered to Mr Chan Swee Teik.

No comments:

Post a Comment