KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD Jumpa 250 Pihak Berkepentingan di dalam Industri Teksi

Wednesday, November 11, 2015

#DemiRakyat SPAD Jumpa 250 Pihak Berkepentingan di dalam Industri Teksi

Tan Sri Syed Hamid Albar bersama pemandu teksi dan mendengar feedback mereka tentang industri [1]

Baru-baru ini segelintir pemandu teksi pro-pembangkang sekitar Kuala Lumpur yang telah melahirkan rasa "kecewa" mereka terhadap prestasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kononnya tidak membantu pemandu teksi. Namun, fitnah yang dilemparkan oleh pemandu ini sebenarnya sangat silap dan jauh dari kebenaran. Ini kerana, SPAD sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di Malaysia secara amnya. 


Tan Sri Syed Hamid Albar bersama pemandu teksi dan mendengar feedback mereka tentang industri [2]
Ini telah dibuktikan melalui program dan "engagement" yang telah dilakukan oleh SPAD bersama persatuan-persatuan teksi. Malah, pada bulan Oktober dan November 2015, dimana SPAD telah menganjurkan lima sesi pertemuan yang melibatkan lebih daripada 250 pihak berkepentingan di dalam industri teksi. Pertemuan ini adalah bertujuan untuk menerima maklum balas serta feedback pemandu teksi secara langsung tanpa melalui "orang tengah".


Tan Sri Syed Hamid Albar bersama pemandu teksi dan mendengar feedback mereka tentang industri [3]
Segala feedback yang diterima oleh pemandu teksi ini akan diteliti dan diberi pertimbangan sewajarnya oleh SPAD supaya dapat dirangka satu penyelesaian jangka masa panjang yang terbaik. Ini sekaligus akan memenuhi keperluan dan kemahuan semua pihak terlibat, termasuk pemandu teksi dan penumpang. Malah, jika pembaca masih ingat, salah satu program dan usaha SPAD yang mendapat sambutan hangat adalah program Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) pada 2012 dan program Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) pada 2013 dimana kerajaan melalui SPAD melancarkan program ini untuk menambahbaik industri teksi di Malaysia. 

Oleh itu, kami di #KLChronicle berharap pihak-pihak yang menuding jari dengan menyalahkan SPAD supaya melakukan sedikit kajian terlebih dahulu dan membetulkan fakta mereka. Ini kerana, fakta yang terdapat sekarang adalah jelas bahawa SPAD memang memainkan peranan untuk menaikkan taraf pemandu dan keselesaan penumpang. Namun, semua ini tidak dapat dikecapi jika pemandu sendiri tidak mengubah sikap mereka. 

Renungkanlah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget