KL CHRONICLE: Ahli Parlimen Kota Tinggi Kantoikan Fitnah Jijik @LiewChinTong @dapmalaysia

Tuesday, November 10, 2015

Ahli Parlimen Kota Tinggi Kantoikan Fitnah Jijik @LiewChinTong @dapmalaysia



Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid baru - baru ini telah "membelasah" Ahli Parlimen DAP dari Kluang iaitu Liew Chin Tong kerana cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak.


Fitnah jijik yang dikatakan oleh Liew Chin Tong mengikut Hansard Parlimen bahawa  Perdana Menteri memperuntukkan RM 8.5 billion untuk kegunaan beliau (PM) memberi kontrak atau pun projek secara budi bicara ataupun ikut suka hati adalah fitnah dan tipu semata-mata.

Menurut Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid, peruntukkan RM 8.5 billion itu adalah untuk beberapa perkara iaitu : 

- RM 5.6 Billion untuk UKAS
- Facilitiation fund untuk wilayah-wilayah pembangunan koridor
- 93 Agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri

Oleh itu, bagi kami di #KLChronicle penjelasan yang diberikan oleh Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid ini sekaligus menyangkal fitnah jijik pembangkang dan membuktikan bahawa pembangkang di Malaysia terutamanya DAP adalah parti yang menggunakan tipu helah serta penipuan untuk kepentingan politik mereka. 

Persoalannya, adakah rakyat juga terpengaruh dengan penipuan DAP ini?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget