KL CHRONICLE: Tahniah! PLKN Dijangka Lahirkan Seramai 258,000 orang pekerja mahir

Thursday, October 22, 2015

Tahniah! PLKN Dijangka Lahirkan Seramai 258,000 orang pekerja mahir


Baru-baru ini kami di #KLChronicle ada mengeluarkan satu artikel yang telah memuji tindakan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid  yang telah mengambil langkah yang proaktif dengan mewujudkan satu program "Latihan kemahiran dan amali" di agensi kerajaan dan kementerian-kementerian yang terpilih bagi bekas pelatih PLKN. Artikel tersebut boleh dibaca disini See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/10/berita-baik-untuk-semua-bekas-pelatih.html#sthash.HlGUhgP1.dpuf

Namun, terdapat lagi berita baik bagi anak muda yang menyertai PLKN. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein, :


PLKN 2.0 yang berwajah baru bakal melatih dan melengkapkan golongan belia yang tidak mendapat peluang menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi. Mereka juga akan diserapkan dengan ilmu kemahiran dan kepandaian lain yang memberi nilai tambah untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka di dunia pekerjaan. 

Selain itu, pihak PLKN juga berkolaborasi bersama 10 buah kementerian untuk melatih pelatih PLKN dan melalui inisiatif dan penambahbaikan PLKN ini kita dijangka mampu menyediakan seramai 258,000 orang pekerja mahir dari kalangan pelatih PLKN yang telah tamat latihan.

Bagi kami di #KLChronicle, peranan yang dimainkan oleh Menteri Pertahanan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid untuk memperkasakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) wajar diberi pujian. Ini kerana "with all the criticism PLKN had faced", kedua pemimpin ini tetap bekerja keras untuk memperkasakan PLKN walau dikritik oleh pelbagai pihak.

Adalah sangat penting bagi kerajaan memastikan PLKN terus diperbaiki dan dipertingkatkan mengikut peredaran zaman. Ini kerana melihat kepada keadaan ekonomi sekarang yang kurang memberangsangkan, kerajaan perlu membantu golongan muda, terutamanya didalam program seperti PLKN untuk membolehkan mereka menjadi "marketable" di sektor pekerjaan sama ada untuk kerajaan atau pun sektor swasta. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget