KL CHRONICLE: SPAD Mungkin Akan Umum Tambang Baru LRT & Monorail Hujung Bulan Ini

Thursday, October 8, 2015

SPAD Mungkin Akan Umum Tambang Baru LRT & Monorail Hujung Bulan Ini


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan sebentar tadi bahawa tambang baru LRT dan Monorail akan diumumkan pada hujung bulan ini. Bagi kami di #KLChronicle, dengan segala penambahbaikkan yang dilakukan oleh operator LRT & Monorail iaitu Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), adalah wajar tambang LRT & Monorail dikaji semula. 



Sudah pasti ramai yang tidak berapa gembira dengan kenaikkan tambang ini, namun kenaikkan ini perlu memandangkan operasi PRASARANA kini semakin berkembang dengan siapnya Fasa Pertama Phase Ampang line extension – melibatkan stesen Awan Besar, Mubibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5. Ampang Line Extension ini akan beroperasi pada hujung bulan ini (31 October 2015).

Malah, Ampang Line Extension ini juga melibatkan penggunaan tren-tren baru dimana sejumlah 50 buah tren telah dibeli dengan harga RM 960 juta. Dengan perbelanjaan yang begitu tinggi dikeluarkan Prasarana (dan kerajaan) untuk kesenangan pengguna di sekitar kawasan Awan Besar, Mubibbah, Alam Sutera dan Kinrara, sudah pasti tambang bagi kegunaan LRT juga harus dipertingkatkan bagi membiayai kos penyelenggaraan dan lain-lain. 

Kami di #KLChronicle berharap dengan kenaikkan tambang ini, perkhidmatan oleh PRASARANA akan bertambah baik sekaligus membuat rakyat berasa selesa dan puas hati. Kini pun jika dilihat, PRASARANA telah banyak mempertingkatkan mutu dan kualiti operasi mereka sehingga hampir 100,000 orang sehari menggunakan perkhidmatan LRT, Monorail dan Bas Rapid untuk ke tempat kerja dan sebagainya. Keep up the good work!

1 comment:

Surrhead said...

pastikan umno kekal berkuasa masa PRU14 kelak....

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget