1. Semalam DS Wan Azizah mengemukakan kepada Dewan Rakyat usul undi tidak percaya terhadap Najib. Ia satu lagi usaha terdesak Pembangkang untuk menumbangkan BN kerana tidak yakin melakukannya melalui proses demokrasi pilihanraya. Usul itu berlandaskan Perkara 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan serta Peraturan 26 & 27 Mesyuarat Dewan Rakyat. DAP pula menarik balik usul persendirian yg dibawa oleh MP PJ Selatan. Kenapa? Mereka baru sedar pembangkang dilihat tidak bersatu apabila DAP membawa usul tersebut di bawah usul persendirian. Ia terdedah apabila PAS mendakwa mereka tidak pernah dirundingkan mengenai usul tersebut. Begitu juga mereka rasa malu kerana menggunakan peraturan Dewan Rakyat yg salah. Sebenarnya pihak pembangkang tahu strategi itu tidak akan berjaya. Apa yang mereka harapkan melalui usul itu ialah persepsi negatif terhadap Najib dan momentum serangan terhadap Najib berterusan bagi melemahkan pertahanan UMNO. Selain itu perhimpunan BERSIH juga akan diadakan bagi menyokong usul tersebut. Apa perlunya BERSIH 5?Sedangkan sudah 4 kali BERSIH diadakan tetapi semuanya gagal mencapai objektif.
2. Usul undi tidak percaya ini bukan perkara baru. 2008 PKR cuba menubuhkan kerajaan 16 September. Anwar Ibrahim berbohong kononnya sudah ada 30 orang MP dari BN yang akan melompat parti. Dia memaklumkan MPs tersebut sudah menandatangani surat "Akuan Bersumpah" dan akan membawanya kepada YDP Agung sebagai bukti undi tidak percaya kepada Najib. Sebaliknya 7 MPs PKR yg lari meninggalkan PKR termasuk Zulkifli Nordin, Gobala dan Datuk Zahrin.
3. Dalam usul terbaru ini, Wan Azizah menyatakan dia yakin selain 88 MP Pembangkang ada beberapa MP BN akan turut menyokongnya. Ini membuktikan usul itu hanya gimik kerana dia sendiri membuat andaian ada MP BN akan menyokongnya sedangkan semalam hanya 77 MP Pakatan yg menolak usul di Dewan Rakyat untuk menggantung Lim Kit Siang selama 6 bulan. Mana 11 MP Pembangkang yg lain? Apakah MP dari PAS tidak sokong usul itu?
4. Seperkara lagi hujah hujah dalam usul tersebut terlalu dangkal dan cetek. Menurut Wan Azizah usul undi tidak percaya itu hanya ditujukan kepada Najib bukan Kerajaan. Itu membuktikan muslihat mereka selama ini hanya mahu melakukan "Damage Berterusan" terhadap Najib sebagai strategi jangka panjang untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap BN menjelang PRU Ke 14. Isu kejatuhan Ringgit dikaitkan dgn usul tersebut sdgkan semua pihak tahu ia bukan kerana Najib tetapi isu global di mana banyak negara lain mengalami nasib sama.
5. Sebenarnya Pembangkang mempunyai pilihan lain iaitu menolak "Bajet 2016" sebagai simbolik undi tidak pecaya kepada Najib seperti yg dicabar oleh Datuk Nazri Aziz. Tetapi mereka tidak berani melakukannya takut "backfire" iaitu dituduh anti pembangunan, anti rakyat dan mensabotaj ekonomi negara. Selain itu tindakan pembangkang membawa usul tersebut semata mata untuk mengalih perhatian rakyat kepada Bajet 2016 kerana mereka bimbang Bajet itu akan membantu menaikkan imej Najib dan Kerajaan yang mahu mereka musnahkan.
6. Wan Azizah boleh dibodohkan menjadi boneka DAP untuk memecat TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor tetapi dia tidak sepatutnya menjadi alat DAP untuk menjatuhkan Najib. Ahli UMNO tidak akan sebodoh itu apatah lagi apabila DAP turut terlibat.
22.10.15
10/23/2015 6:51:00 AM
No comments:
Post a Comment