KL CHRONICLE: #DemiRakyat @MyRapidKL Perkenal Bas Dua Tingkat untuk Laluan U64

Monday, October 19, 2015

#DemiRakyat @MyRapidKL Perkenal Bas Dua Tingkat untuk Laluan U64


Selepas Laluan U80 untuk UITM Shah Alam, Rapid Bus Sdn Bhd – pengendali perkhidmatan bas Rapid KL – hari ini memperkenalkan penggunaan bas dua tingkat untuk laluan kedua di bandaraya berkenaan – Laluan U64 dari Taman Sri Muda ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.



Empat bas dua tingkat akan digunakan untuk laluan berkenaan, yang menggunakan secara keseluruhanan sebanyak 10 bas daripada Depoh Shah Alam. Dengan jarak 32km satu hala dengan tempat berhenti di lokasi-lokasi strategik di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur termasuk stesen LRT Asia Jaya, Bangsar dan Pasar Seni, Laluan U64 menjadi perkhidmatan yang popular untuk komuniti pekerja Shah Alam.

“Dengan kapasiti sehingga 108 penumpang, keutamaan dalam penggunaan bas-bas dua tingkat ini adalah untuk perkhidmatan masa puncak di sebelah pagi dan petang,” kata Encik Sarifuddn Saidin, Pengurus Zon 3 Rapid Bus.
Bercakap kepada para pemberita di sini, Sarifudin berkata Laluan U64 mempunyai purata 5,000 orang sehari pada hari-hari bekerja (weekdays) dan boleh mencapai lebih 6,000 pada hari Sabtu dan Ahad (weekends).

“Penggunaan bas dua tingkat ini diharapkan dapat keselesaan para penumpang dan mengurangkan masa menunggu. Laluan U64 ini adalah laluan yang amat popular khususnya untuk mereka yang bekerja di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur,” katanya.

Selain Laluan U64 dan U80, dua laluan lain yang menggunakan bas dua tingkat sekarang adalah Laluan U30 daripada Pandan Mewah Hang Lekiu dan U40 antara Terminal Reko, Kajang dan Mydin Sinar Kota di Jalan Tun Perak.
Perkhidmatan bas Laluan U64 bermula 6 pagi dengan bas dua tingkat diselang-selikan dengan bas satu tingkat. Perkhidmatan bas dua tingkat, bagaimanapun, akan berakhir pada 8 malam.

Tambang adalah sama dengan perjalanan penuh dari Taman Sri Muda ke Pasar Seni dikenakan RM3 sahaja.
--Tamat--

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget