KL CHRONICLE: #DemiRakyat Berikut adalah kejayaan SPAD sepanjang tahun 2015

Tuesday, October 6, 2015

#DemiRakyat Berikut adalah kejayaan SPAD sepanjang tahun 2015

Kereta persendirian yang menggunakan Apps ditahan
Baru-baru ini, Ahli Parlimen DAP Charles Santiago dan beberapa orang pemandu teksi telah memfitnah SPAD dengan mengatakan bahawa suruhanjaya ini tidak melakukan penguatkuasaan dan mengambil tindakan terhadap  mereka yang mengendalikan perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali seperti UBER, GrabCar dan sebagainya. Namun, ini hanyalah fitnah dan penipuan semata-mata. 





Bagi membuktikan apa yang dikatakan oleh mereka ini adalah bohong, kami di #KLChronicle ingin menunjukkan kepada pembaca rekod keyaan SPAD sepanjang tahun 2015. Bagi mereka yang kurang arif, sesiapa yang mengendalikan perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali adalah telah melanggar undang-undang dibawah kesalahan Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APDA) 2010. 

Dari tahun 2011, SPAD telah membuka sebanyak 470 kes dimana bagi tahun 2015 sahaja 240 kes telah dibuka. Daripada pecahan kes ini, jumlah kes bagi yang menggunakan Apps bermula Okt 2014 hingga sekarang adalah 144 kes. Pecahan Kes Mengikut Apps pula adalah seperti berikut :

  1. UBER - 43 Kes.
  2. GRABCAR - 97 Kes.
  3. Blacklane - 1 Kes.
  4. EasyTaxi - 3 Kes.
Selepas kertas kes dibuka, status kes dan pecahan adalah seperti berikut:

  1. No Further Action (NFA)  - 10 Kes.
  2. Denda Mahkamah - 13 Kes.
  3. Kompaun - 9 Kes.
  4. Proses Makhamah - 49 Kes.
  5. Proses Penyiasatan - 63 Kes
Malah hampir 110 kenderaan Mohon Lucut Hak untuk Kes Melibatkan Penggunaan Apps. Berdasarkan laporan dan angka yang diberi diatas, fitnah Ahli Parlimen DAP dan pemandu teksi bahawa SPAD tidak menjalankan tugas adalah tidak benar sama sekali dan fitnah semata-mata. Masalah utama kebanyakan pemandu teksi di negara ini adalah sikap mereka yang tidak mesra pengguna dan berlagak seperti samseng. Selepas itu bila tidak mendapat penumpang,kerajaan pula dipersalahkan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget