KL CHRONICLE: Berita Baik untuk Semua Bekas Pelatih PLKN

Monday, October 19, 2015

Berita Baik untuk Semua Bekas Pelatih PLKN


Menyedari bahawa mencari pekerjaan bagi anak muda masa kini bukanlah sesuatu yang mudah, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid  telah mengambil langkah yang proaktif dengan mewujudkan satu program "Latihan kemahiran dan amali" di agensi kerajaan dan kementerian-kementerian yang terpilih bagi bekas pelatih PLKN.  



Bagi kami di #KLChronicle, usaha murni yang diambil oleh  Datuk Noor Ehsanuddin ini adalah bukti bahawa bekas pelatih PLKN dihargai dan mereka akan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan. Malah, setakat hari ini,  420 agensi awam kerajaan dan hampir 10 kementerian telahpun bersetuju menyediakan tempat untuk bekas pelatih membangunkan karier mereka sekaligus membantu mereka meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masing-masing. 

Menurut Datuk Noor Ehsanuddin, bagi melayakkan bekas peserta PLKN menyertai program ini, mereka haruslah berdaftar dengan Yayasan Alumni PLKN terlebih dahulu. Ini kerana Yayasan Alumni PLKN akan menguruskan "placement" bekas alumni ke agensi dan kementerian yang terlibat. Malah, menurut Datuk Noor Ehsanuddin, sehingga kini hampir 200,000 bekas pelatih PLKN telah berdaftar dengan Yayasan Alumni PLKN. 

Selain menggunakan agensi kerajaan dan kementerian, Datuk Noor Ehsanuddin juga akan berusaha untuk menarik pembabitan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta untuk mengambil bekas pelatih PLKN untuk membangunkan karier mereka. Dengan pembabitan GLC, peluang untuk bekas pelatih PLKN adalah lebih besar kerana lebih banyak tempat yang akan disediakan. 

Bagi kami di #KLChronicle, langkah proakif yang diambil oleh   Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid wajar diberi pujian. Ini kerana beliau berusaha untuk membantu bekas pelatih PLKN yang mungkin memerlukan bantuan kerajaan untuk mencari pekerjaan. Memandangkan bekas pelatih PLKN telah melalui module pendidikan yang terbaik, mereka adalah lebih "marketable" kepada agensi, kementerian dan syarikat swasta dan ini yang cuba dilakukan oleh  Datuk Noor Ehsanuddin. Akhir sekali harapannya adalah pelatih PLKN menjadi "cream of the crop" bagi agensi pekerjaan dan mereka mudah mendapat pekerjaan. 

Good Luck!



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget