KL CHRONICLE: Bagi yang tak faham apa itu #TPPA. Ini sedikit penerangan untuk anda

Tuesday, October 6, 2015

Bagi yang tak faham apa itu #TPPA. Ini sedikit penerangan untuk anda

.

Presepsi

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Jawapan



Ianya merupakan perjanjian 2 hala antara semua 12 negara yang terlibat, usahawan kita jugak mempunyai peluang berniaga dinegara mereka.. seperti mereka dengan negara kita tetapi masih tertaluk pada perlembagaan negara tersebut ..  tppa tidak mengubah perlembagaan mana-mana negara cuma perjanjian dasar ekonomi antara negara terlibat.

Presepsi

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Jawapan

Perbincagan antara wakil negara masing-masing adalah melibatkan dari segi terma dan syarat tppa, persetujuan dari kata putus mengenai syarat dan terma tppa akan dibawa ke meja rudingan, dewan atau parliment diperingkat negara masing-masing bagi dibincang dan dibahas mengenai kebaikan & keburukan terma dan syarat tppa sebelum sebarang persetujuan keanggotaan dibuat.
Selama laporan media barat menyatakan 12 negara yang berbincang selama 5 tahun mengenai syarat dan terma tppa yang hendak diguna pakai mencapai kata putus persetujuan untuk syarat dan terma tppa yang hendak diguna pakai bukan persetujuan inplimitasi tppa

Presepsi

Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?

Jawapan

Tiada sebarang rahsia, didalam peringkat perbincangan tiada terma dan syarat yang tetap kerana masih dalam pindaan adalah tidak wajar untuk diumumkan sesuatu yang tidak tetap.
keputusan mengenai terma dan syarat hanya diumumkan persetujuan semalam dan kemudianya akan dibawa keperingkat parlimen bagi pembentangan dan dibahas sebelum keputusan persetujuan menanggotai tppa ditandatanggani. Jadi tiada apa yang dirahsiakan.

Presepsi

Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Jawapan bagi i - vi

TPPA berlandaskan pada perlembagaan setiap negara yang meanggotai, jika 11 negara lain yang terlibat ingin berniaga di malaysia perlembagaan malaysia tetap perlembagaan malaysia mereka tetap kena ikut perlembagaan tiada kekebalan malah jika perniga melanggari perlembagaan atau menipu ianya boleh dibawa kepada perundangan antara bangsa kerana perjanjian persefaham tppa begitu jugak pada perniaga yang berniaga dinegara mereka.

perniaga tempatan tidak berdepan masalah ini kerana penggunaan tempatan, cuma perniaga tempatan perlu tingkatkan kualiti dan berpatutan, keuntungan pada penguna yang mempunyai pilihan kepenggunaan produk .. persaingan sihat. perniaga yang takut adalah perniaga yang rakus mengaut keuntungan dan menipu pelanggan mengenai kuality dan jenama produk.

 Adakah hari ini tiada barang import beteraskan berteraskan pertanian & pertenakan ?
jadi tiada masalah, pengguna tempatan tetap akan kepasar dan pasar tani serta pasar malam, perniaga tetap berniaga seperti biasa  .. hasil pertanian kita jugak boleh dieksport keluar.

Dalam isu hak-hak harta intelek, Malaysia mempunyai pendirian yang tegas bahawa TPPA tidak seharusnya menghalang akses orang ramai kepada ubat-ubatan yang mampu dimiliki dan penjagaan kesihatan, pada masa yang sama memastikan insentif perlu bagi inovasi farmaseutikal untuk menghasilkan ubat-ubatan baru dan ubat-ubatan. Sehubungan itu, semua negara telah mencapai keseimbangan yang dipersetujui bersama untuk memastikan bahawa kepentingan semua negara diambil kira. Lagipun di Malaysia Hospital dan Klinik Kerajaan cuma mengenakan RM 1.00 sahaja berbanding negara TPPA yang lain.

Adakah selama hari ini kerajaan malaysia hanya berteraskan pada ekonomi tempatan sahaja tanpa ada pelabur asing datang melabur dinegara kita ? situasinya sama, kilang semiconductor akan mendapat peluang yang lebih besar dari kilang kilang utama yang bakal dibuka disebabkan supply and demand.

Pada akses pasaran, elemen asas dalam mana-mana perjanjian perdagangan bebas, Malaysia telah memeterai rundingan dengan semua negara sebelum ini.
Tawaran baik telah dibuat oleh semua negara dimana duti import bagi hampir semua produk akan dihapuskan.

Pada asasnya, hasilnya akan menyediakan syarikat-syarikat Malaysia dengan peluang-peluang pasaran akses yang lebih besar, terutamanya dalam pasaran seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru yang mana Malaysia tidak mempunyai FTA

Presepsi

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.

ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.

iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.

Jawapan

TPPA akan dibentang di parlimen dan tiada rahsia disembunyikan. TPPA akan berlandaskan pada perlembangaan negara yang meanggotainya jadi tiada yang tergadai

Tak munkin 12 negara yang berbincang mengenai resolusi TPPA semuanya bodoh-bodoh berlaka untuk mengadaikan negara mereka.

Tenyata andaiyan dan presepsi ini tidak berlandaskan fakta sebenar, penulis presepsi ini mengatakan rundingan tppa semuanya rahsia jadi mana munkin penulis presepsi ini tahu isi kandunganya sedangkan draf asal tppa dimuktamadkan pada 4 oktb 2015 .. siapa yang berbohong kerajaan atau anda. fikirkan ..

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget