KL CHRONICLE: Apa Lagi NGO Pembangkang @Bersih2 Mahu?

Thursday, October 15, 2015

Apa Lagi NGO Pembangkang @Bersih2 Mahu?


NGO Pembangkang, Bersih 2.0 hari ini sekali lagi mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan laporan persempadanan semula Sarawak ke Jabatan Perdana Menteri. Bagi kami di #KLChronicle, bantahan yang dilakukan oleh Bersih 2.0 ini menunjukkan mereka sebenarnya tidak tahu undang - undang serta perlembagaan negara berkaitan proses persempadanan semula negara ini. Bersih 2.0 lebih suka memutar belit fakta dan menipu rakyat daripada menceritakan hal yang sebenar. 



Bagi mereka yang tidak mengikuti proses persempadanan semula Sarawak, pada 15 October 2015 (pagi tadi), Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Sarawak adalah sah. Ini bermakna proses persempadanan semula yang dikendalikan oleh SPR adalah sah dari segi undang-undang dan perlembagaan negara. 

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif menolak permohonan ADUN Batu Lintang See Chee How dan pengundi Ulu Baram Pauls Baya selepas berpuas hati tiada satu pun daripada 15 persoalan undang-undang yang dibangkitkan melepasi tahap ujian seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964.

Bukan sahaja hari ini, Malah Bersih 2.0 pernah cuba untuk mensabotaj proses persempadanan semula di Sarawak beberapa bulan lepas dengan  menyediakan skrip bantahan untuk  setiap bantahan persempadanan yang dilakukan oleh ahli-ahli parti pembangkang. Usaha jahat Bersih 2.0 ini telah dapat dibongkar dan ianya telah dapat dihidu dari awal lagi. 

Bantahan yang dilakukan oleh Bersih 2.0 hari ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hanyalah sebagai bantahan "tin kosong" . Tanggungjawab SPR adalah melakukan proses persempadanan semula berdasarkan perlembagaan dan jika Bersih 2.0 mempunyai bantahan, mereka perlu membuat rayuan mengikut proses yang sepatutnya. SPR tidak perlu menunggu Bersih 2.0 tetapi perlu mengikut perlembagaan negara sepertimana yang mereka lakukan sekarang. 

Persoalannya, mengapa Bersih sering jadikan SPR sebagai mangsa utk dihentam walhal SPR telah diberi "the all clear" dari semua Mahkamah iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan?

Ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah mainan jijik politik pembangkang untuk mencari isu dan membangkitkan persepsi bahawa SPR adalah tidak telus. Namun ini adalah tidak benar sama sekali seperti yang disebut oleh Mahkamah. 

1 comment:

Unknown said...

Memanglah di akhir zaman ini, pemerintah yg zalim akan menggunakan berbagai helah utk menghalalkan tindakan mereka. Kononnya mereka tidak melanggar undang2 dunia. Tapi yg pastinya setiap kita akan dihadapkan dimahkamah akhirat.Ingat! Apa jua kezaliman akan dibalas dgn seksaan yg sangat dahsyat, azab dan pedih utk beribu tahun.Marilah kita sentiasa berdoa agar negara kita bersih penzalim dan penfitnah.Allahu Akbar!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget