KL CHRONICLE: Akhirnya Dr. Mahathir akui tidak ada bukti salahlaku PM @NajibRazak

Sunday, October 11, 2015

Akhirnya Dr. Mahathir akui tidak ada bukti salahlaku PM @NajibRazak

Dr. Mahathir meminta bantuan Clare Brown untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dato Seri Haji Najib Tun Razak

Meskipun banyak kritikan lantang dibuat terhadap Datuk Seri Najib Razak, terutamanya mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau tidak mempunyai bukti "salahlaku" Perdana Menteri. Oleh sebab ini, beliau tidak akan membuat sebarang laporan polis terhadap Dato Seri Haji Najib Razak.


Bekas perdana menteri itu menegaskan, beliau tidak akan membuat laporan polis terhadap mana-mana individu atau kes tanpa bukti mencukupi.

"Cara untuk menjatuhkan Najib adalah daripada undi tidak percaya, tetapi ia memerlukan jumlah undi yang mencukupi.

"Saya tidak akan buat laporan polis menentang sesiapa kerana saya tidak punya cukup bukti. 

Beliau berkata demikian kepada wartawan di Kuala Lumpur malam ini selepas ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis menentang Najib berhubung skandal kewangan 1MDB.

Terdahulu, Dr Mahathir menerima Anugerah Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) sebagai penghargaan atas sumbangan beliau kepada pembangunan seni bina di Malaysia.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget