Tan Sri Isa Samad di Perhimpunan #RakyatBersatu |
Kami di #KLChronicle baru mendapat gambar diatas sebentar tadi melalui WhatsApp yang menunjukkan Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad yang hadir di Perhimpunan #RakyatBersatu yang diadakan pada 16 September baru-baru ini. Menariknya gambar diatas adalah Tan Sri Isa Abdul Samad sangat "low profile" dimana beliau tidak "kecoh-kecoh" dalam menunjukkan kesediaan beliau untuk bersama orang Melayu dalam perhimpunan yang bersejarah ini.
Malah, dengan kehadiran Tan Sri Isa ini membuktikan bahawa FELDA tetap 100% setia bersama kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak. Bagi kakitangan serta peneroka FELDA, mereka telah menerima banyak faedah dari kerajaan Barisan Nasional dan bagi menghargai sumbangan kerajaan kepada mereka, mereka turun "full force" ke Kuala Lumpur pada 16 September baru ini.
Bagi kami di #KLChronicle, kesediaan Tan Sri Isa ini perlu dicontohi oleh CEO syarikat-syarikat Government Link Company (GLC) yang kini dilihat semakin cenderung menyokong pihak pembangkang walaupun mereka menerima gaji dan pelbagai "benefits" dari kerajaan Barisan Nasional. Bagi kami, mereka ini adalah jenis golongan yang tidak tahu mengenang budi sama seperti Cina DAP yang tidak habis mahu menguris hati dan perasaan orang Melayu.
Bagi pihak pembangkang, terutamanya Mazlan Aliman & Geng yang cuba meracuni fikiran kakitangan serta peneroka FELDA supaya menentang kerajaan dengan pelbagai fitnah, kami berharap Mazlan dapat berhenti dari usaha yang sia-sia ini. Telah terbukti sejak penubuhan FELDA oleh Tun Abdul Razak, hubungan erat antara FELDA dan Barisan Nasional adalah seperti isi dan kuku dan ini akan berkekalan sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment