KL CHRONICLE: @RezalFahmiA : Mahu @NajibRazak Undur, Apa Pilihan Kita ? #RakyatBersatu #KekalNajib

Sunday, September 20, 2015

@RezalFahmiA : Mahu @NajibRazak Undur, Apa Pilihan Kita ? #RakyatBersatu #KekalNajib


Sejak hangat isu 1MDB, ramai minta Najib Razak berundur secara terhormat tanpa menyedari maklumat yang mereka terima adalah fitnah terancang.

Jika pembangkang yang minta berundur, kita tak hairan. Ramai juga di kalangan ahli UMNO yang minta Najib Razak berundur termasuk negarawan ulung negara.

Secara teknikalnya Najib masih Perdana Menteri & Presiden UMNO yang sah. Tiada undi tidak percaya diluluskan dalam sebarang sidang Dewan Rakyat setakat ini. Jika lulus usul ini bermakna ada ahli parti yang berpakat dengan pembangkang termasuk DAP. Ini menjadikan UMNO sebagai tebusan politik kepada DAP. Adakah anda rela?



Mesyuarat Perwakilan UMNO peringkat bahagian sebahagian besarnya sudah selesai. Mesyuarat yang membawa suara akar umbi itu sebahagian besarnya menyokong kepimpinan Najib Razak untuk memimpin parti dalam Pilihanraya Umum 14. Hanya 3 bahagian minta Najib berundur. Berdasarkan perlembagaan negara & parti UMNO, Najib masih PM & Presiden UMNO yang sah. Ini adalah kenyataan dan fakta.

Kita perlu faham, suara di Mesyuarat Perwakilan yang mengkritik & mengecam Najib tidak diambil-kira sekiranya usul tidak dapat sokongan sebulat suara atau majoriti dalam Mesyuarat. Jadi suara di FB pun tidak dikira. Ini disiplin dalam parti yang perlu dipatuhi.

Pilihan yang ada pada ahli UMNO hanyalah terus menyokong kepimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak demi keutuhan parti bagi menghadapi PRU 14. Jika tidak, adakah rela kita menyokong Mat Sabu yang mengetuai parti tajaan DAP?

Rezal Fahmi Arjunaidi
Putrajaya

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget