KL CHRONICLE: @razlanrafii : Jom sama-sama turun nyatakan sokongan kepada Kerajaan #IniBaruPemuda

Monday, September 14, 2015

@razlanrafii : Jom sama-sama turun nyatakan sokongan kepada Kerajaan #IniBaruPemuda


Menjelang 16 September 2015

Kurang 48 jam daripada sekarang, rakyat yang mewakili segenap penduduk Malaysia yang menolak perjuangan Bersih 4.0 akan berhimpun secara aman di Kuala Lumpur.



Perhimpunan Rakyat Bersatu ini bakal mengumpulkan lebih 100,000 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan fahaman politik dengan satu objektif yang sama iaitu mempertahankan sistem demokrasi negara dan kesucian negara Malaysia.

Sudah pasti pelbagai sepanduk akan dibawa bersama sebagai simbolik luahan pendapat majoriti rakyat Malaysia yang tidak sependapat dengan cita-cita penganjuran Bersih 4.0.

Pastinya segala yang terbuku di dalam hati rakyat Malaysia selama ini dek kebiadapan puak chauvinist melakukan pelbagai perkara provokasi negatif sehinggalah merosakkan imej negara tetap masih segar dalam ingatan mereka, dan kali ini mereka akan turun menyatakan kehendak mereka.

Ini adalah sandaran utama mengapa begitu ramai rakyat akan turun pada Hari Malaysia semata-mata sekadar berhimpun menolak politik biadap pihak Pembangkang. Maka tidak keterlaluan jika dikatakan himpunan ini merupakan  satu titik perubahan kepada Malaysia.

Perhimpunan Rakyat Bersatu pertama kali diadakan ini diyakini akan berlangsung secara aman dan tertib. Kerana para peserta yang hadir dari seluruh pelusuk tanah air ini ikhlas dalam memperjuangkan kebenaran dan membaiki nilai-nilai positif yang semakin hilang dalam masyarakat tempatan.

Kepada semua peringkat rakyat, saya menyeru agar dapat bersama-sama turun dan menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi yang adil.

Sama-sama kita menjaga tatasusila dan keamanan negara sambil menyatakan isi hati yang terpendam setelah sekian lama.

Selamat datang kepada ke Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia tercinta. Di sini tanah tumpahnya darahku !


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

14 September 2015

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget