KL CHRONICLE: Rakyat Gembira Bahasa Inggeris & Kemahiran Komputer akan diajar di kem PLKN

Wednesday, September 23, 2015

Rakyat Gembira Bahasa Inggeris & Kemahiran Komputer akan diajar di kem PLKN


Tahniah diucapkan kepada Majlis Latihan Khidmat Negara yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid  kerana telah mengambil langkah proaktif dalam memperbaiki dan menaik taraf modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan memasukkan modul pendidikan Bahasa Inggeris dan Kemahiran Komputer dalam modul baru yang akan diajar kepada peserta PLKN.



Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil oleh MLKN ini wajar dan tepat pada masanya. Ini kerana dalam dunia yang moden dan tanpa sempadan sekarang, kemahiran Berbahasa Inggeris dan komputer sangat penting bagi memastikan anak muda dan belia mampu bersaing dengan mereka yang dari luar negara.

Selain itu, penambah baikkan modul ini akan memberi peluang kepada anak luar bandar yang tidak berkemampuan diajar menggunakan komputer sekaligus menaikkan tahap kemahiran mereka sebagai persediaan memasuki universiti. Umum ketahui bahawa di universiti kebanyakan "assignments" perlu menggunakan komputer dan dengan latihan yang diberi di PLKN sedikit sebanyak ianya dapat membantu.

Konklusinya, pihak MLKN perlu sentiasa "evaluate" modul yang diajar di PLKN bagi memastikan ianya mengikuti peredaran zaman dan memenuhi permintaan dari pasaran kerja atau pun keperluan universiti. Dengan ini, PLKN bukan sahaja akan jadi satu program membina jati diri & semangat cintakan negara malah menjadi satu program untuk menaikkan akademik dan kemahiran belia di negara ini.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget