KL CHRONICLE: Lesen Motosikal B2 Hanya RM 299? Terima Kasih @LiowTiongLai @MOTMalaysia @JPJ_Malaysia

Sunday, September 20, 2015

Lesen Motosikal B2 Hanya RM 299? Terima Kasih @LiowTiongLai @MOTMalaysia @JPJ_Malaysia


Terima Kasih diucapkan kepada Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Kementerian Pengangkutan kerana berusaha untuk meringankan beban golongan belia memiliki lesen motosikal. Malah, bukan sahaja lesen motosikal biasa tetapi lesen motosikal B2 yang diketahui mahal harganya. Langkah proaktif yang diambil Kementerian Pengangkutan dengan melancarkan program MyLESEN wajar dipuji. 



Kerjasama antara Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Institut Memandu Surfine Hitech Sdn Bhd kini membolehkan para belia mengambil lesen B2 dengan hanya RM 299 sahaja. Ini berbeza dengan tempat lain yang menawarkan harga RM 350 - RM 450 bagi harga lesen B2 sekaligus membebankan golongan belia. Malah langkah Kementerian Pengangkutan ini dapat mengurangkan kes belia membawa motosikal tanpa lesen yang sah. 

Lebih menarik lagi, menurut Dato' Sri Liow Tiong Lai, JPJ akan memberikan sedikit kelonggaran kepada penunggang motorsikal yang tidak lulus ujian undang-undang lebih daripada 2 kali, dimana ujian akan dilakukan secara bertulis atau oral untuk membantu mereka lulus pada kali ke - 3. Ini adalahh sebahagian dari usaha Kementerian Pengangkutan membantu golongan belia di negara ini. 

Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil oleh Dato' Sri Liow Tiong Lai ini sangat bagus kerana ianya menyelesaikan beberapa masalah sekaligus. Contohnya, kita mempunyai masalah dimana ramai belia yang membawa motosikal tidak mempunyai lesen yang sah. Bila ditahan pihak berkuasa, alasan lazim yang diberi adalah mereka tidak mampu mengambil lesen motosikal kerana mahal. Ini diselesaikan oleh Kementerian Pengangkutan dengan mengurangkan kos mengambil lesen kepada RM 299. 

Kedua, pengusaha atau institut memandu juga mengeluh bahawa mereka tidak dapat menarik pelanggan untuk mengambil lesen sekaligus pendapatan mereka berkurangan. Program MyLESEN ini menyelesaikan masalah tersebut apabila dengan tawaran harga yang rendah sekaligus menarik pelanggan dan meninggkatkan pendapatan institut memandu. 

Kami di #KLChronicle berharap lebih banyak kementerian yang dapat mencontohi Kementerian Pengangkutan yang berusaha untuk menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan bagi mewujudkan satu win-win situation bagi rakyat, syarikat dan kerajaan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget