KL CHRONICLE: Kini Ketua Pemuda Bukit Bintang Mula Bersuara #KekalNajib

Thursday, September 3, 2015

Kini Ketua Pemuda Bukit Bintang Mula Bersuara #KekalNajib



Pasar Seni adalah identiti, malahan sebahagian daripada institusi sejarah di Kuala Lumpur.

Masyarakat kota, golongan karyawan, anak muda dan penggiat budaya cukup sebati dengan nama dan peranan Pasar Seni sejak turun temurun lagi.




Apa yang memalit ralat besar adalah apabila saya melihat papan tanda Pasar Seni baru-baru ini. Tiada sepatah kosa kata atau terjemahan Bahasa Melayu langsung pada padan tanda berkenaan.

Adakah pengurusan Pasar Seni sengaja meminggirkan Bahasa Kebangsaan?

Bahasa rasmi kita adalah Bahasa Melayu, namun papan tanda ini hanya mempamerkan Bahasa Inggeris dan Cina sahaja.

Di sebalik segala usaha yang dibuat untuk memertabatkan Bahasa Kebangsaan, sesetengah pihak seolah-olah cuba mengetepikan, atau meminggirkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Walaupun kita menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai lingua franca dunia, Bahasa Kebangsaan harus dijunjung, didaulat dan dihormati kerana itu adalah asas identititi kita anak Malaysia.

Bahasa Kebangsaan mesti didahulukan sebagai bahasa ilmu, bahasa asas perpaduan sesama kaum dan bahasa penghantar kita di rantau Nusantara.

Kita bangsa merdeka jangan alpa dengan pesanan Tunku Abdul Rahman yang berbunyi: “Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian - apa yang boleh saya ungkapkan sebagai negara yang tidak mempunyai jiwa dan roh.”

Atas dasar yang sama, saya mendesak kerajaan untuk segera menggubal peruntukan undang-undang baru atau meminda undang-undang sediada demi memperketatkan peraturan wajib menggunakan Bahasa Melayu pada semua papan tanda di seluruh negara.


JEFREE ZAIN AFFENDI
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Bintang
3 September 2015

2 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

Tahun depan jgn lupa buat iklan tahun baru cina!!

#pecatJibby
#selamatkanUmno

jgn jadi bodoh!!! said...

Tahun depan jgn lupa buat iklan tahun baru cina!!

#pecatJibby
#selamatkanUmno

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget