KL CHRONICLE: Harapan #KLChronicle dengan perlantikan CEO Baru SPAD

Sunday, September 27, 2015

Harapan #KLChronicle dengan perlantikan CEO Baru SPAD



Pada awal bulan ini, SPAD telah menerima Pegawai Operasi Eksekutif (CEO) yang baru iaitu Encik  Azharuddin Bin Mat Sah  menggantikan En. Mohd Nur Ismal Bin Mohamed Kamal. Bagi kami di #KLChronicle, perlantikan CEO baru bagi mengemudi satu suruhanjaya yang terletak dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri adalah sesuatu yang biasa. 


Penukaran CEO adalah bagi memastikan aspirasi, visi dan misi Perdana Menteri Dato Seri Haji Najib Tun Razak untuk mewujudkan "world class" Public Land Transportation System melalui Plan Transformasi Ekonomi (ETP) tercapai.

Bagi kami di #KLChronicle, untuk mewujudkan "world class" Public Land Transportation System penguatkuasaan yang dilakukan oleh SPAD perlu dipertingkatkan bagi memastikan syarikat yang diberi lesen operasi pengangkutan awam mematuhi undang-undang sedia ada.  Contohnya syarikat Bas yang menyediakan perkhidmatan "not up to the standard" wajar diambil tindakan kerana perkhidmatan yang diberi harus setimpal dengan tambang yang dibayar pengguna.

Selain itu, lebih banyak penguatkuasaan harus dilakukan di "hot spots" sekitar Kuala Lumpur antaranya KLCC & Bukit Bintang dimana pemandu teksi di kawasan ini terkenal dengan sikap tidak mahu menggunakan meter sekaligus menyusahkan rakyat dan pelancong asing.

Kami di #KLChronicle berharap Encik Azharuddin Bin Mat Sah dapat meneruskan usaha baik yang dilakukan oleh CEO terdahulu. Malah, kami yakin dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi SPAD, SPAD kan berjaya merealisasikan visi dan misi PM @NajibRazak untuk mewujudkan a world class public transportation.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget