KL CHRONICLE: Dua Cina DAP yang Pijak Gambar PM @NajibRazak & Hadi Awang akhirnya serah diri

Monday, September 7, 2015

Dua Cina DAP yang Pijak Gambar PM @NajibRazak & Hadi Awang akhirnya serah diri


Dua individu Cina yang bertindak kurang ajar memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lalu, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan penyerahan diri dibuat oleh 2 individu berkenaan pada jam 11 pagi ini.



"2 individu yang serah diri itu merupakan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dan seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai penyelia di tapak pembinaan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Zainuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kedua-dua individu berkenaan.
Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos di ibu negara tercemar berikutan terdapat beberapa individu memijak gambar kedua-dua pemimpin berkenaan.        

Sehubungan itu, polis pada minggu lalu menawarkan ganjaran kewangan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang terlibat dalam insiden itu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sebanyak 267 laporan polis diterima berhubung kes pijak gambar 2 pemimpin berkenaan pada perhimpunan itu.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget