KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD Jalankan OPS SERKAP sempena Cuti Hari Raya

Wednesday, September 23, 2015

#DemiRakyat SPAD Jalankan OPS SERKAP sempena Cuti Hari Raya


Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD Mejar Jeneral (B) Dato' Paduka Che Hasni B Che Ahmad bersama anggota serta pegawai SPAD yang telah berjaya melakukan operasi Ops SERKAP di Terminal Pudu Sentral pada pukul 5.00 pm tadi. 



Ops SERKAP ini diadakan bersempena Cuti Hari Raya Haji dimana dianggarkan ribuan warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Objektif utama Ops ini diadakan adalah untuk:

1. Memeriksa penjualan tiket
2. Membanteras ulat tiket
3. Membanteras teksi tidak gunakan meter
4.Membanteras kereta sapu


Hasil usaha dan kerjasama semua pihak, hari ini sejumlah 6 kes telah dikesan melibatkan :
- 2 x Kes Memujuk dan Mendesak bawah Sek 205 APAD 2010.
 - 2 x Kes Mengendalikan Suatu Perkhidmatan Awam Tanpa Lesen Pengendali (Kereta Sapu) bawah Sek 16 APAD 2010
-2 x Kes Teksi Tidak Guna Meter bawah Sek 22 APAD 2010.

Malah lebih mengejutkan, empat (4) kenderaan disita bagi membantu siasatan membabitkan :
-2 Teksi
-1 Mercedes Benz
-1 Toyota Camry

Bagi mereka yang telah ditangkap, mereka akan disabitkan kesalahan dibawah akta berikut:
-Seksyen 205 dimanaDenda tidak lebih rm50 ribu atau penjara tdk lebih 5 tahun atau kedua dua.
- Sekyen16 dimana Denda tidak lebih rm10 ribu atau penjara tdk lebih 1 tahun atau kedua dua.
 - Sekyen 22 dimana Denda tidak lebih rm500 ribu atau penjara tdk lebih 2 tahun atau kedua dua.

Kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada SPAD kerana proaktif dalam menjalankan operasi bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin. Diharapkan dibawah kepimpinan Dato' Che Hasni SPAD akan terus menjalankan amanah dengan terbaik.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget