KL CHRONICLE: 9 SEBAB KENAPA PERHIMPUNAN BAJU MERAH "RAKYAT BERSATU" BERJAYA.

Thursday, September 17, 2015

9 SEBAB KENAPA PERHIMPUNAN BAJU MERAH "RAKYAT BERSATU" BERJAYA.


1. Kehadiran amat luar biasa dan mengikut anggaran terakhir pihak polis melebihi 150,000 orang.

2. Kehadiran anak muda juga luar biasa hampir 80%  walaupun Khairy Jamaluddin menjauhkan diri. Mereka ini adalah pengundi penentu PRU ke 14.



3. Pengisiannya yang bermakna dengan 14 Resolusi. Dengan kata lain perhimpunan ini ada objektif seperti hidupkan semula ISA dan mempertahankan Kerajaan yg dipilih secara demokratik.

4. Semangat "BERSATU" tercapai. Peserta tetap hadir dan hadir seawal pagi walapun ada amaran jerebu dll. Mereka juga berdisiplin menunggu hingga selesai walapun dalam cuaca yang kadabg kadang panas.

5. Wujudnya kerjasama erat antara NGOs sebagai penganjur dan UMNO.

6. Dapat dirasakan kemesraan antara PAS yang memulaukan BERSIH 4 dengan UMNO yang meramaikan Himpunan Baju Merah sehingga menonjolkan DAP sebagai parti RASIS yang memperalatkan BERSIH 4.

7. Ini adalah perhimpunan yang ada permit dan peserta berhimpun penuh disiplin kecuali sabotaj oleh kumpulan OTAI upahan DAP yg menimbulkan kekecohan di Petaling Street untuk mencemar imej RAKYAT BERSATU.

8. Penghinaan terhadap pemimpin Melayu kerana potret DS Najib dan DS Hadi Awang di pijak pijak terbela kerana Himpunan Baju Merah tidak bertindak serupa.

9. Hari Malaysia disambut dengan Baju Merah yang patriotik sedangkan Hari Kebangsaan disambut dengan Baju Kuning yang biadap. Peserta Baju Merah datang dengan Aman dan pulang dengan Aman.

9/17/2015 8:51:34 AM

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget