Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri menggesa pihak berkuasa menyiasat dengan teliti dan telus tentang gerakan yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata jika benar dakwaan itu, perbuatan mereka yang terlibat dengan gerakan itu bukan sahaja mengancam Umno malah keselamatan negara.
"Kalau apa yang disebut (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) itu benar, saya kira orang yang terlibat ini (iaitu ahli) dalam parti yang bersekongkol dengan pembangkang, ia perkara yang tidak boleh dimaafkan oleh parti.
"Apa yang dilakukan itu akan mengorbankan parti yang sudah pun dipilih secara demokratik oleh rakyat pada pilihan raya. Ini suatu pengkhianatan kepada parti," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jelutong di George Town, hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Ahmad Zahid mengenai gerakan menggulingkan kerajaan yang didalangi pembangkang serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno.
ni sorang lagi pnjilat!!siapa yg panas??mana 3 dalang lahad datu??mana bukti3 mat sabu seorang syiah?? si lalang Zahid sembang lebat!! habuk pn xda?? bak kata kuli utk GULINGKAN KERAJAAN perlu ada pasukan tentera pemberontak!! bukan nk tukar kerajaan!! nak tukar JIBBY je!!hahaha!!
ReplyDelete#pecatjibby