Tuesday, August 18, 2015

#TahukahAnda Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tidak Boleh Membatalkan Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ?


Baru-baru ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui anak kepada Dato Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah telah memfailkan saman di mahkamah bagi membatalkan keputusan PRU - 13. Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah, beliau mahu mahkamah mengarahkan SPR supaya membatalkan keputusan PRU - 13 dalam masa terdekat. Tindakan itu diambil susulan pendedahan media Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa kononnya berlaku penyaluran wang haram melibatkan Perdana Menteri bagi membiayai kempen PRU13 lalu yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan kesahihannya. 



Namun, malangnya tindakan PKR dan Nurul Izzah ini sebenarnya adalah sia-sia kerana dari segi Perlembagaan Persekutuan dan undang - undang negara, SPR tidak boleh mengambil apa-apa tindakan peristiharan untuk membatalkan keputusan PRU - 13 hanya berdasarkan dakwaan khabar angin atau dakwaan yang tidak dibuktikan. Hanya pihak mahkamah sahaja yang boleh mengambil tindakan peristiharan tersebut setelah dibuktikan dengan sah termasuk bukti-bukti yang kukuh. 

Perlu diingatkan bahawa dari segi "Terms of Reference" SPR, SPR hanya sebuah instutusi yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pilihanraya sekiranya terdapat kekosongan samada oleh kematian atau tindakan mahkamah. Pembatalan sesuatu keputusan pilihanraya adalah kuasa mutlak pihak mahkamah setelah mahkamah berpuashati dengan bukti dan keterangan yang dikemukakan oleh pihak terbabit (dalam kes ini PKR & Nurul Izzah). Sekirannya mahkamah mengistiharkannya barulah SPR perlu menjalankan semula proses pilihan raya baru.

Bagi kami di #KLChronicle, kami berpendapat PKR dan Nurul Izzah tidak perlu terlalu ghairah atau khuatir. Jika mereka (PKR) mempunyai bukti yang kukuh bahawa telah berlaku kesalahan semasa PRU - 13 yang lepas, mereka haruslah mengemukakan bukti kepada pihak mahkamah dan biar pihak mahkamah yang membuat keputusan. Keputusan itu haruslah diterima oleh kedua-dua belah pihak.

Jika mahkamah mengistiharkan keputusan PRU - 13 batal maka berlaku kekosongan kerusi Dewan Rakyat. Selepas itu barulah SPR akan menjalankan peranannya untuk mengadakan pilihan raya semula. Ini bermakna untuk mengadakan pilihan raya semula adalah peringkat terakhir selepas kes disiasat, dibuktikan, didakwa, dijatuhkan keputusan atau diistiharkan oleh mahkamah.

Kami di #KLChronicle sangat berharap bahawa rakyat memahami isu ini termasuk segala fakta berkaitan kes yang cuba dimanipulasi oleh PKR & Nurul Izzah. Setelah semua fakta kes telah diketahui, rakyat wajar menilainya dengan teliti agar tidak mudah dipengaruhi oleh sikap tidak bertanggungjawab pembangkang yang cuba menghasut menjatuhkan sesuatu kerajaan dengan cara yang tidak mengikut Perlembagaan. Apa yang penting disini adalah memastikan undang-undang negara serta Perlembagaan Persekutuan tidak "dicemari" oleh pihak pembangkang yang dilihat semakin rakus mahu merampas kuasa walau dengan apa cara sekalipun. 


No comments:

Post a Comment