KL CHRONICLE: Tahniah MCA! Kini Joseph @cmlimguaneng "flip-flop", Akur dengan Tema Merdeka Kerajaan Persekutuan #SehatiSejiwa

Monday, August 24, 2015

Tahniah MCA! Kini Joseph @cmlimguaneng "flip-flop", Akur dengan Tema Merdeka Kerajaan Persekutuan #SehatiSejiwa



Selepas "dibelasah" oleh MCA, NGO - NGO dan rakyat Malaysia kerana mempunyai tema hari Merdeka yang berlainan dengan Kerajaan Persekutuan, Ketua Menteri Pulau Pinang Joseph Lim Guan Eng kini telah telah membuat "U-Turn" dengan akhirnya menerima tema #SehatiSejiwa sebagai tema Hari Kemerdekaan kita bagi tahun ini. Kami di #KLChronicle gembira kerana akhirnya Joseph Lim Guan Eng sedar bahawa beliau bukanlah "Tuhan" di Pulau Pinang & Malaysia apabila semua orang termasuk Perdana Menteri kena mendengar cakap serta arahan beliau.


Malah, kami di #KLChronicle sebenarnya gembira apabila MCA, melalui Presiden mereka iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong dengan berani bangkit dan bersuara membidas sikap Joseph Lim Guan Eng yang tidak bertanggungjawab ini. Kedua-dua pemimpin utama MCA ini sedar bahawa sikap Joseph Lim Guan Eng ini tidak mencerminkan sikap bangsa Cina keseluruhannya yang cintakan perpaduan antara kaum. Mereka (MCA) juga sedar perpaduan antara kaum ini dapat dipupuk melalui semangat cintakan negara melalui sambutan Hari Merdeka yang bakal kita sambut pada 31 August ini. 

Sikap Joseph Lim Guan Eng yang telah membuat tema beliau sendiri di Pulau Pinang menunjukkan beliau hanya berminat untuk "bermain politik" dan tidak mahu turut serta bersama kerajaan Persekutuan dalam memupuk sifat perpaduan antara kaum dan agama di negara ini. Persoalannya sekarang, mengapa Joseph Lim Guan Eng mahu "mensabotaj" program yang memupuk perpaduan rakyat seperti Hari Merdeka? Ini sudah pasti bagi mewujudkan satu suasana yang "tegang" antara kaum dimana bila terdapat perasaan sedemikian DAP akan untung besar dalam memastikan mereka mendapat undi orang Cina. 

Sikap DAP yang suka menggunakan isu "kaum" dalam mendapat undi sangat berbeza dengan MCA. MCA dilihat menggunakan modus "khidmat bakti" bagi mendapatkan undi serta keyakinan bukan sahaja bangsa Cina malah keseluruhan rakyat Malaysia. Ini merupakan satu perkembangan positif untuk negara. Berakhir sudah cara politik lama yang dibawa oleh DAP dimana parti berhaluan kanan didominasi oleh Keluarga Lim ini menggunakan "siege mentality" untuk menarik undi. 

Bagi Barisan Nasional, hanya dengan usaha "Khidmat Bakti" sahaja rakyat akan tetap bersama BN. Terbukti dengan isu tema Hari Merdeka ini, rakyat sudah semakin muak dengan sikap DAP. Sudah masanya mereka ditolak oleh rakyat!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget