KL CHRONICLE: Susulan #Bersih4 , Ringgit Malaysia kini lebih tinggi berrbanding USD @Bersih2 #SehatiSejiwa

Saturday, August 29, 2015

Susulan #Bersih4 , Ringgit Malaysia kini lebih tinggi berrbanding USD @Bersih2 #SehatiSejiwa


Matawang Ringgit hari ini ditutup lebih tinggi berbanding Dollar Amerika (USD)

Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika hari ini berikutan kejayaan demonstrasi Bersih 4 yang dihadiri kira-kira 200,000 orang rakyat Malaysia,kata para peniaga.



Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 3.740/0415 berbandng dolar AS daripada 4.1800/1880 pada Jumaat lepas.

Seorang peniaga berkata kejayaan perhimpunan haram Bersih dan ura-ura parti DAP bakal memerintah negara mencetuskan pembelian ringgit dan mata wang ekonomi pesat membangun lain yang berkait dengan eksport minyak mentah.



"Kebimbangan berterusan terhadap ekonomi China mungkin menjejaskan minat risiko global dan menambah kerisauan terhadap prospek demonstrasi seperti BERSIH mungkin dapat membantu,"katanya.

Seorang lagi peniaga berkata bank-bank kini terus membeli pegangan mata wang tempatan berikutan aliran keluar portfolio, pengurus aset pula akan muncul pada bila-bila masa untuk mula mengumpul aset terlebih jual.



"Situasi hari ini berbeza daripada semasa krisis kewangan Asia 1997/98. Ekonomi Malaysia jauh lebih kukuh sekarang ini," katanya.

Ringgit, yang mencecah paras 4.25 berbanding satu dolar Amerika untuk pertama kali sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu, juga didagangkan lebih tinggi hari ini berbanding sekumpulan mata wang utama lain.



SUMBER : Malaysiakini

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget