Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan yang paling penting bagi UMNO adalah mempunyai dana yang cukup untuk perbelanjaan pilihan raya. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata, keperluan berkenaan sudah terpakai sejak kepimpinan Umno sebelum ini dan persoalan dana parti juga tidak pernah dibangkitkan di peringkat negeri.
"Saya dah hadapi beberapa pilihan raya dan pengerusi perhubungan negeri tidak pernah pun memaklumkan berapa jumlah negeri dapat sumbangan sewaktu pilihan raya dan sebagainya.
"Kita pun tidak pernah menimbulkan perkara tersebut sebab kita tahu apa yang diperoleh tidak perlu dimaklumkan kepada kita.
"Yang kita tahu, parti mampu bergerak sewaktu pilihan raya," katanya ketika meraikan sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Risda di Kuala Lumpur hari ini. – 7 Ogos, 2015.
No comments:
Post a Comment